Sunday, August 5, 2012

peluang patut direbut.bukan dibiar.

jam ditangan menunjukkan 8.30 malam,
aku menjerit,"jom! nanti jam"
masing-masing masih membuat kerja.
ada yang sedang menyapu sisa nasi yg terhempas di tikar sembahyang
ada yang sibuk mengagih makanan yang berlebihan
aku menjerit lagi "jom r!"bertambah kuat di campur dengan nada geram sekali.
masih seperti itu.
masing-masing sibuk.aku hanya berdiri di hujung sana
 aku tidak langsung meringankan tulang.
mereka dan semua di situ asyik melakukan sesuatu
tapi aku tidak nampak apa yang patut aku buat,
aku hanya menerima satu bungkusan makanan dari seseorang.
orang bagi aku terima.

arghh! adakah aku yang bisu. tidak dengarkah suara aku?

aku sungguh tidak erti menjaga hati orang lain
sanggup melukakanya demi kesenangan dan kedegilan aku.
tidak memberi bantuan sedikit pun pada kalian
hanya merisaukan akan terkena kotoran pada pakaian aku

ruginya aku! tidak dapat merasai nikmat bersama-sama dengan kalian dan mereka
ada sahaja yang gelak tawa.
tapi aku masih berdiri di hujung sana tanpa melakukan apa2.
mengapa dengan diri aku??
 terasa kesombongan aku itu hanya membazirkan peluang2 keemasan aku bersama mereka
dikala mengangkat takbiratul ula,aku merasa begitu hina aku sebentar tadi.

kamu semua,maafkan saya!
aku hanya mementingkan diri ku ni
aku memang hina!


hari ini hari yang rugi bagi ku.
moga esok lusa tulat bulat kulat hari aku menjadi lebih baik.

kalau bleh aku nak putarkan kembali masa itu.




Imam Ghazali = “Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?”

Murid 1 = “China”
Murid 2 = “Bulan”
Murid 3 = “Bintang”
Murid 4 = “Matahari”

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU.

maka sudah pasti,kita harus menjaga masa itu.moga masa itu terisi dengan amalan-amalan yang indah.

3 comments:

  1. Kekesalan kalau membawa kepada kebaikan kher bangat.
    :)

    wei. tolong bgtau sy mana kamu dpt lagu ni? baru nyanyi kat dalam hati kelmarin!!!!!

    ReplyDelete
  2. :).
    harap tidak begitu lagi.rugi.

    kamu nak download ker?
    aku amik dari free music code-tp kat sini ko boleh copy code and paste kat blog.baru boleh dengar.

    aku ade lagu nie.

    ReplyDelete
  3. :)

    serius, baru aku nyanyi semalam. tiba2 bila bukak speaker sambil bukak blog kau aku dgr lagu ni. boleh la nanti bg aku. hehe.

    ReplyDelete