sengih dulu sebelum baca.baru korunk ade feel...
1-2-3 ...
SENGIH!...
sekarang nie kita dah berada di hujung ramadhan kan?selang beberapa hari lagi dah nampak anak bulan baru.maka pergilah ramadhan itu.suka hati korunk lar nak melepaskan ramadhan itu dengan kerinduan sebab kot-kot lar ramadhan depan dah kene pindah ke rumah yang 7 kaki dalam 7 kali lebar.kata orang bandar macam aku nie 7 x 7 rectangular feet...haha atau pun pemergian ramadhan itu satu keseronakkan bagi korunk..sebab boleh beraya lar beb.dapat duit raya.dapat baju baru.kasut baru sumenya nak baru.kalau booleh isteri pown nak yg baru...
mentah-mentah dah sampai kehujung ramadhan...perghh shopping cornflakes sume penuh.lagu raya dok pasang merata. ade setengah tempat shopping baru 2 ramadhan dh pasang lagu oooo balik kampung ooo balik kampung hati riang!...rilex r bro raya lama lagi..x kan lari ek syawal tue..seperti sedia maklum*ayat skema pulak* pada malam sepuluh terakhir ramadhan itu terdapat satu malam yang menjadi buruan pencinta Allah dan RasulNYA...ye,betol! namanya malam lailatul qadr.
malam yang lebih baik dari 1000 bulan.berlaku pada malam yang ganjil.21,23,25,27 dan 29.ramai yang akan mencari malam tue..ade yang beriktikaf di masjid,berqiyam sepanjang malam,berdoa sepanjang malam dan macam-macam lagi dilakukan agar mereka dipertemukan dengan itu.ade pulak orang malam genap gi shopping malam ganjil beribadat..memilih hari nmpak!..seelok-eloknya kita tingkatkan ibadat kita pada malam kesepuluh semuanya..x payah nak target malam ganjil jer.dulu-dulu ustaz2 atok nenek kita selalu kata pada malam laitul qadr kita boleh nmpak pokok bersujud,air laut x rasa masin macam2 lar.itu semua rezeki masing-masing.kalau ada kehendakNYA maka korunk boleh nampak perkara ajaib di malam lailatul qadr.kalau tak,jangan berputus asa.istiqomah sahaja dengan amalan korunk.yang pasti amalan korunk pada malam lailatu qadr pahalanya seperti beramal 1000 bulan.1000 bulan nie persamaan dengan lebih kurang 83 tahun kot..kira lah sendiri.gune calculator henfon ker,scientific fx 570 @ fx 350 pwn boleh x de masalah...
okay..aku nak patah balik ker 10 malam terakhir.ye lebih baik korunk kejar kesemua malam terakhir tue.jgn memilih..memang lah orang better something than nothing.tp aku cakap lebih baik jer!..'lebih baik' baik dari 'baik'..nampak tak? nampak x?..bukannya ape..kita start puasa ari sabtu,orang kat mesir start puasa ari jumaat.sehari lebih awal.so,malam genap bagi mereka malam ganjil bagi kita,yang malam ganjil untuk kita malam genap bagi mereka.nampak x? hehehe...cakap aje aku pandai buatnya x jugak..huhu
ade jugak orang cakap 'untung lar lelaki boleh beribadat cari malam yang kheir sekali tue.yang perempuan nie hmm dibagi cuti pulak dari beribadat'.'so bagaimana kami nak dapat dipertemu dengan malam tue'...sapa kata tak boleh??ce habaq kat aku.haha.
tiada masalah,bak kata orang putih ma fi musykilah!..anda jugak berhak mendapat ganjaran tersebut..*anda di sini wanita-wanita yang diberi cuti khas oleh-Nya.ape yang paling indah pada malam lailatul qadr setiap amalan kita pada malam itu akan mendapat ganjaran sepertii beramal 1000 bulan.wow!...maka anda-anda sekalian boleh melakukan apa sahaja amalan yang mulia di sisi Tuhan-mu.mislu,masak untuk sahur,kejut abang adik kakak suami nenek untuk bangun sahur,kemas rumah,sedekah,berzikir,berselawat,macam-macam lagi lar. kalau korunk tolong mak pasang langsir pown boleh dpat pahala.apatah lagi kalau anda memasang langsir pada malam lailatul qadr mana tahu pada saat itu anda sedang menikmati ganjaran yang besar itu.maka korunk akan dpat ganjaran menolong mak memasang langsir selama 1000 bulan..Allaah 3x.
nanti kat syurga nanti,meseti ramai yang dok lepak2,berbual-bual.so,masing-masing akan bertanya,

"apa yang ko wat sampai ko dpat masuk syurga?"
"aku syahid dalam peperangan kat palestin".
"uishh hebat lar ko"
"wei,ko pulak macam mana boleh masok syurga?''
"aku pown syahid gak,tapi kat syria r..tempat kita lar bro.."
haha...eh,ko kenapa senyap jer??cerita r apa yang ko wat sampai dapat masok syurga?"
"jgn lar tanya aku.malu aku nak jawab"
"alar jawab je lar"
"hmmm..aku masok syurga sebab."
"sebab mnde cepat r???"...
"ye lah ye lah nak cakap lar nie...sebab aku tolong mak aku gantung langsir jer.dan2 time tue malam lailatu qadr"hehe
kalau kita berdoa untuk dipertemu dengan malam yang penuh dengan kenikmatan tue,dengan kehendak Allah kita dapat bertemu.jika kita masih gagal bertemu dengannya.maka ada sahaja menjadi hijab antara kita dengan-NYA.minta keampunan dari Allah sesungguhnya Dia Maha Pengampun.
alhamdulillah alla kulli hal wa nastaghfirullah!
so jom kita terus mencari malam itu,ada kata sudah terlepas,tapi ade jugak yang berkata masih belum ia muncul.teruskan mencari sehingga ke akhir ramadhan.kalau x berjaya x pe..jangan gi terjun bangunan pulak.menyusahkan pihak polis dan keluarga korunk jer.anda terus istiqomah dengan amalan-amalan kamu.insyaALLAH anda akan bertemu di ramadhan hadapan.
allahumma balihgna ila ramadhan 1434
Allahumma amiin..
ReplyDelete