Wednesday, August 8, 2012

Nasib.


beginilah rupa jalan raya yang selalu aku pijak ketika menuju menyahut panggilan ilahi dan seruan utk mendirikan solat tarawih.hanya mengharapkan lampu kereta yang jarang sekali lalu disitu.kalau ade yang lalu,hah! rezeki lar tue..terang sahaja jalan itu.kalau tidak,jalanlah sorang2 disitu.takut2 silap hari bulan aku berjalan dengan dia >>>



hahaha

****

ok,bukan yang itu yang aku nak cerita.aku tak dak masalah dengan jalan tue pown.alah bisa tegal biasa.sudah 14 tahun aku melalui jalan itu.Alhamdulillah sehingga hari ini tiada ape yang pernah berlaku.bahkah ragut jugak tidak pernah berlaku dilorong yang segelap itu.mungkin Allah S.W.T menghantar para malaikatnya untuk melindungi para pejalan kaki di lorong itu.lorong itu lar selalu digunakan oleh penduduk taman gua untuk kesurau At-taqwa.tak  kira lah tarawih ke ape...kalau dah berkumandang je azan,lorong tue mesti ade je hamba Allah yang lalu disitu menuju ke surau.kerana adanya orang yang beriman di taman gua,adanya pelindungan dari  Maha Pelindung.

ALLAHUMMA JA'ALNA MINHUM

ok,bukan pasal jalan aku nak cakap sebenarnya,aku yang aku type sebenar-benarnya aku bimbang bila dah hidup atas kaki sendiri bagaimana ramadhan aku.hari ni,aku masih dibawah naungan kedua orang tuaku.masih belum dimerdekakan..haha*nak semangat patriotik kot!*..maksud aku,mak dan ayah aku yang uruskan semua hal.makan minum pakaian semua diorang yang settlekan.aku dok umah goyang kaki jer.kalau lapar bukak periuk sudah,dah boleh kenyang.tapi aku terfikir guane nasib ak nanti.apakah sumber rezeki aku?sudah tentu aku akan di merdekakan.. 

di hujung jalan yang aku dok cerita dari tadi ada kedai runcit yang di uruskan oleh seorang muslimah.dari pagi sehingga ketengah malam kedainya dibuka.dikala bulan ramadhan jugak begitu.tika aku menyusuri jalan itu,terlintas di hati aku,"mak cik tue kerja semata2 mencari rezeki yang halal.sanggup meninggalkan solat tarawih berjemaah supaya dia mampu menampung keluarga dia.aku x cakap yang dia x wat tarawih.mungkin makcik itu berjaga diwaktu malam menyelesaikan tarawihnya.who knows??aku  pulak,dah nmpak jam kat dinding dah 8.30 mlm,x kisah ape yang aku tgh buat,aku terus hentikan,aku capai telekong aku lari.bagaimana nasib aku nanti??adakah aku masih ade kelapangan untuk menunaikan solat tarwih berjemaah??Allaaaahh...hanya DIA sahaja ynag lebih mengetahui akan nasib diriku kelak!

ya Allah! berikanlah kami kelapangan waktu dalam menunaikan ibadat kepada-MU
janganlah engkau menyempitkan waktu kami dengan perkara maksiat.






Nasib bermaksud hal yang terjadi yang bukan hasil pemikiran manusia dan tidak dapat dicegah oleh daya upaya manusiaKata seerti bagi nasib ialah kismat, suratan dan juga tuah. 

No comments:

Post a Comment