Friday, August 31, 2012

sejarah aiman.






mata aiman tercelik,hanya tercetus di minda aiman,
malam kemerdekaan nie,mesti ada mercun
terasa seperti nak menekan butang bulat di atas remote..
aiman berdiri,berjalan kearah pintu lalu memulas tombol pintu 
dengan bersemangat sekali..nak tgk mercun kot..
kelihatan adek aiman begitu khusyuk membaca buku
al maklum lar orang yang sedang berjuang di atas kertas.

aiman bertanya..
"jom r tgk mecun?"
"mercun??????,mmg pagi2 buta nie ko jer yang nak lepas mercun."
"pagi buta,hoy orang main mercun tengah malam r!.nak tgk jom,x nak sudah!"
-agak nyaring suara aiman ketika itu-
"woi!! skunk nie pukul 6 pagi lar!...ko mimpi ape nie??"
"6 pagi?? aik aiman tidor kejap jer pown"

aiman kembali ke bilik,mencari hp aku.
yeah!,jam di hp aiman telah menunjukan 6.05 minit pagi...
haha...aiman tertawa...
pagi hari ini,satu keluarga tertawakan aiman..
hari ini dalam sejarah...

hahaha


Thursday, August 30, 2012

merdeka!


dunia makin tidak selamat.
pesalah dibiar dimaafkan.
faktor umur memerdekakan.
berjalan tanpa silu.
gah mendada dihadapan ramai.

diberi jaminan akhlak akan berubah
pusat akhlak diberi kepercayaan.
membuka pintu baru bagi yang mempertuhankan nafsu
apa yang aku akan buat bisa dilepaskan
aku masih bawah umur!

betapa bertuah golongan itu.
kesalahan tidak pernah dihukum.
bahkan dilepaskan begitu sahaja.
hanya si mangsa menderita sepanjang hidup!

memerdekakan seorang pesalah.
tidak menjunjung erti kemerdekaan.
hanya meninggalkan percaturan yang kurang mantap.
masing-masing hanya berteka-teki akan undang-undang.

sudah terbukti undang-undang manusia
tidak berlaku adil keatas semua.
ada golongan yang bisa terlepas begitu sahaja
ada golongan yang terpaksa menagih kasih sayang warden
ada golongan yang di ringankan hukuman
ada golongan digandakan hukuman....

mungkin sahaja terlepas di dunia.tp perhitungan di hari kelak nanti tidak pernah salah..

jaza' al akhirat akbar min jaza' al dunya..

cubalah bina benteng untuk kegunaan DI SANA......






Monday, August 27, 2012

aku kalah






sedang mencari seurat benang di tengah tanah gersang.
yg diliputi oleh timbunan pasir halus.
sekali sekala hembusan angin memedihkan mata aku.
air mata terus mengalir bersama sisa pasir yang mengaburiku.

usai buaian angin,terpaksa aku mencari kembali
aku hampir...hampir...hampir...
hampir sangat,jari jemari makin fokus..
denyutan jantung dengup begitu pantas..
kelopak mata tidak lagi merehatkan diri..
aku makin hampir...sudah terbayang-bayang kegembiraan
titisan peluh di dahi semakin sejuk,hati makin tenang.

tidak!.....sekali lagi hembusan angin hadir menganggu aku.
lebih kencang.ak hanya mampu menggosok-gosok mata aku.
bertambah pedih!..aku pasti pasti ia mesti kelihatan merah menyala
air mata juga terus megalir dan mengalir men-nyah-kan butiran pasir..

cis!hilang kembali benang itu!..
aku letih! aku penat ! aku putus asa!
aku menarik kembali kaki aku.
meninggalkan tanah gersang itu.
tidak lagi aku menoleh.



aku perlukan benang itu.tapi aku tidak gagah memikul segala keperitan untuk mencari benang.
aku mudah kalah.aku tidak kental.

aku masih meraba-raba..

kalau dengan hembusan angin itu sahaja aku kalah....

apatah lagi ribut dan petir dalam kehidupan ku kelak................







4.00 pm
27/8/2012
kalau  benci cakap.aku  hilangkan diri dari ko.kalau x pown cakap  lar jugak
supaya aku tak terasa ko membenci aku....... :]



Monday, August 13, 2012

Jom Borak ?

sengih dulu sebelum baca.baru korunk ade feel...

 1-2-3 ...

SENGIH!...

sekarang nie kita dah berada di hujung ramadhan kan?selang beberapa hari lagi dah nampak anak bulan baru.maka pergilah ramadhan itu.suka hati korunk lar nak melepaskan ramadhan itu dengan kerinduan sebab kot-kot lar ramadhan depan dah kene pindah ke rumah yang 7 kaki dalam 7 kali lebar.kata orang bandar macam aku nie 7 x 7 rectangular feet...haha atau pun pemergian ramadhan itu satu keseronakkan bagi korunk..sebab boleh beraya lar beb.dapat duit raya.dapat baju baru.kasut baru sumenya nak baru.kalau booleh isteri pown nak yg baru...

mentah-mentah dah sampai kehujung ramadhan...perghh shopping cornflakes sume penuh.lagu raya dok pasang merata. ade setengah tempat shopping baru 2 ramadhan dh pasang lagu oooo balik kampung ooo balik kampung hati riang!...rilex r bro raya lama lagi..x kan lari ek syawal tue..seperti sedia maklum*ayat skema pulak* pada malam sepuluh terakhir ramadhan itu terdapat satu malam yang menjadi buruan pencinta Allah dan RasulNYA...ye,betol! namanya malam lailatul qadr.

malam yang lebih baik dari 1000 bulan.berlaku pada malam yang ganjil.21,23,25,27 dan 29.ramai yang akan mencari malam tue..ade yang beriktikaf di masjid,berqiyam sepanjang malam,berdoa sepanjang malam dan macam-macam lagi dilakukan agar mereka dipertemukan dengan itu.ade pulak orang malam genap gi shopping malam ganjil beribadat..memilih hari nmpak!..seelok-eloknya kita tingkatkan ibadat kita pada malam kesepuluh semuanya..x payah nak target malam ganjil jer.dulu-dulu ustaz2 atok nenek kita selalu kata pada malam laitul qadr kita boleh nmpak pokok bersujud,air laut x rasa masin macam2 lar.itu semua rezeki masing-masing.kalau ada kehendakNYA maka korunk boleh nampak perkara ajaib di malam lailatul qadr.kalau tak,jangan berputus asa.istiqomah sahaja dengan amalan korunk.yang pasti amalan korunk pada malam lailatu qadr pahalanya seperti beramal 1000 bulan.1000 bulan nie persamaan dengan lebih kurang 83 tahun kot..kira lah sendiri.gune calculator henfon ker,scientific fx 570 @ fx 350 pwn boleh x de masalah...

okay..aku nak patah balik ker 10 malam terakhir.ye lebih baik korunk kejar kesemua malam terakhir tue.jgn memilih..memang lah orang better something than nothing.tp aku cakap lebih baik jer!..'lebih baik' baik dari 'baik'..nampak tak? nampak x?..bukannya ape..kita start puasa ari sabtu,orang kat mesir start puasa ari jumaat.sehari lebih awal.so,malam genap bagi mereka malam ganjil bagi kita,yang malam ganjil untuk kita malam genap bagi mereka.nampak x? hehehe...cakap aje aku pandai buatnya x jugak..huhu
ade jugak orang cakap 'untung lar  lelaki boleh beribadat cari malam yang kheir sekali tue.yang perempuan nie hmm dibagi cuti pulak dari beribadat'.'so bagaimana kami nak dapat dipertemu dengan malam tue'...sapa kata tak boleh??ce habaq kat aku.haha.

tiada masalah,bak kata orang putih ma fi musykilah!..anda jugak berhak mendapat ganjaran tersebut..*anda di sini wanita-wanita yang diberi cuti khas oleh-Nya.ape yang paling indah pada malam lailatul qadr setiap amalan kita pada malam itu akan mendapat ganjaran sepertii beramal 1000 bulan.wow!...maka anda-anda sekalian boleh melakukan apa sahaja amalan yang mulia di sisi Tuhan-mu.mislu,masak untuk sahur,kejut abang adik kakak suami nenek untuk bangun sahur,kemas rumah,sedekah,berzikir,berselawat,macam-macam lagi lar.  kalau korunk tolong mak pasang langsir pown boleh dpat pahala.apatah lagi kalau anda memasang langsir pada malam lailatul qadr mana tahu pada saat itu anda sedang menikmati ganjaran yang besar itu.maka korunk akan dpat ganjaran menolong mak memasang langsir selama 1000 bulan..Allaah 3x.

nanti kat syurga nanti,meseti ramai yang dok lepak2,berbual-bual.so,masing-masing akan bertanya,
"apa yang ko wat sampai ko dpat masuk syurga?"
"aku syahid dalam peperangan kat palestin".
"uishh hebat lar ko"
"wei,ko pulak macam mana boleh masok syurga?''
"aku pown syahid gak,tapi kat syria r..tempat kita lar bro.."
haha...eh,ko kenapa senyap jer??cerita r apa yang ko wat sampai dapat masok syurga?"
"jgn lar tanya aku.malu aku nak jawab"
"alar jawab je lar"
"hmmm..aku masok syurga sebab."
"sebab mnde cepat r???"...
"ye lah ye lah nak cakap lar nie...sebab aku tolong mak aku gantung langsir jer.dan2 time tue malam lailatu qadr"hehe


kalau kita berdoa untuk dipertemu dengan malam yang penuh dengan kenikmatan tue,dengan kehendak Allah kita dapat bertemu.jika kita masih gagal bertemu dengannya.maka ada sahaja menjadi hijab antara kita dengan-NYA.minta keampunan dari Allah sesungguhnya Dia Maha Pengampun.

alhamdulillah alla kulli hal wa nastaghfirullah!


so jom kita terus mencari malam itu,ada kata sudah terlepas,tapi ade jugak yang berkata masih belum ia muncul.teruskan mencari sehingga ke akhir ramadhan.kalau x berjaya x pe..jangan gi terjun bangunan pulak.menyusahkan pihak polis dan keluarga korunk jer.anda terus istiqomah dengan amalan-amalan kamu.insyaALLAH anda akan bertemu di ramadhan hadapan.

allahumma balihgna ila ramadhan 1434

Wednesday, August 8, 2012

Nasib.


beginilah rupa jalan raya yang selalu aku pijak ketika menuju menyahut panggilan ilahi dan seruan utk mendirikan solat tarawih.hanya mengharapkan lampu kereta yang jarang sekali lalu disitu.kalau ade yang lalu,hah! rezeki lar tue..terang sahaja jalan itu.kalau tidak,jalanlah sorang2 disitu.takut2 silap hari bulan aku berjalan dengan dia >>>



hahaha

****

ok,bukan yang itu yang aku nak cerita.aku tak dak masalah dengan jalan tue pown.alah bisa tegal biasa.sudah 14 tahun aku melalui jalan itu.Alhamdulillah sehingga hari ini tiada ape yang pernah berlaku.bahkah ragut jugak tidak pernah berlaku dilorong yang segelap itu.mungkin Allah S.W.T menghantar para malaikatnya untuk melindungi para pejalan kaki di lorong itu.lorong itu lar selalu digunakan oleh penduduk taman gua untuk kesurau At-taqwa.tak  kira lah tarawih ke ape...kalau dah berkumandang je azan,lorong tue mesti ade je hamba Allah yang lalu disitu menuju ke surau.kerana adanya orang yang beriman di taman gua,adanya pelindungan dari  Maha Pelindung.

ALLAHUMMA JA'ALNA MINHUM

ok,bukan pasal jalan aku nak cakap sebenarnya,aku yang aku type sebenar-benarnya aku bimbang bila dah hidup atas kaki sendiri bagaimana ramadhan aku.hari ni,aku masih dibawah naungan kedua orang tuaku.masih belum dimerdekakan..haha*nak semangat patriotik kot!*..maksud aku,mak dan ayah aku yang uruskan semua hal.makan minum pakaian semua diorang yang settlekan.aku dok umah goyang kaki jer.kalau lapar bukak periuk sudah,dah boleh kenyang.tapi aku terfikir guane nasib ak nanti.apakah sumber rezeki aku?sudah tentu aku akan di merdekakan.. 

di hujung jalan yang aku dok cerita dari tadi ada kedai runcit yang di uruskan oleh seorang muslimah.dari pagi sehingga ketengah malam kedainya dibuka.dikala bulan ramadhan jugak begitu.tika aku menyusuri jalan itu,terlintas di hati aku,"mak cik tue kerja semata2 mencari rezeki yang halal.sanggup meninggalkan solat tarawih berjemaah supaya dia mampu menampung keluarga dia.aku x cakap yang dia x wat tarawih.mungkin makcik itu berjaga diwaktu malam menyelesaikan tarawihnya.who knows??aku  pulak,dah nmpak jam kat dinding dah 8.30 mlm,x kisah ape yang aku tgh buat,aku terus hentikan,aku capai telekong aku lari.bagaimana nasib aku nanti??adakah aku masih ade kelapangan untuk menunaikan solat tarwih berjemaah??Allaaaahh...hanya DIA sahaja ynag lebih mengetahui akan nasib diriku kelak!

ya Allah! berikanlah kami kelapangan waktu dalam menunaikan ibadat kepada-MU
janganlah engkau menyempitkan waktu kami dengan perkara maksiat.






Nasib bermaksud hal yang terjadi yang bukan hasil pemikiran manusia dan tidak dapat dicegah oleh daya upaya manusiaKata seerti bagi nasib ialah kismat, suratan dan juga tuah. 

Sunday, August 5, 2012

peluang patut direbut.bukan dibiar.

jam ditangan menunjukkan 8.30 malam,
aku menjerit,"jom! nanti jam"
masing-masing masih membuat kerja.
ada yang sedang menyapu sisa nasi yg terhempas di tikar sembahyang
ada yang sibuk mengagih makanan yang berlebihan
aku menjerit lagi "jom r!"bertambah kuat di campur dengan nada geram sekali.
masih seperti itu.
masing-masing sibuk.aku hanya berdiri di hujung sana
 aku tidak langsung meringankan tulang.
mereka dan semua di situ asyik melakukan sesuatu
tapi aku tidak nampak apa yang patut aku buat,
aku hanya menerima satu bungkusan makanan dari seseorang.
orang bagi aku terima.

arghh! adakah aku yang bisu. tidak dengarkah suara aku?

aku sungguh tidak erti menjaga hati orang lain
sanggup melukakanya demi kesenangan dan kedegilan aku.
tidak memberi bantuan sedikit pun pada kalian
hanya merisaukan akan terkena kotoran pada pakaian aku

ruginya aku! tidak dapat merasai nikmat bersama-sama dengan kalian dan mereka
ada sahaja yang gelak tawa.
tapi aku masih berdiri di hujung sana tanpa melakukan apa2.
mengapa dengan diri aku??
 terasa kesombongan aku itu hanya membazirkan peluang2 keemasan aku bersama mereka
dikala mengangkat takbiratul ula,aku merasa begitu hina aku sebentar tadi.

kamu semua,maafkan saya!
aku hanya mementingkan diri ku ni
aku memang hina!


hari ini hari yang rugi bagi ku.
moga esok lusa tulat bulat kulat hari aku menjadi lebih baik.

kalau bleh aku nak putarkan kembali masa itu.




Imam Ghazali = “Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?”

Murid 1 = “China”
Murid 2 = “Bulan”
Murid 3 = “Bintang”
Murid 4 = “Matahari”

Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU.

maka sudah pasti,kita harus menjaga masa itu.moga masa itu terisi dengan amalan-amalan yang indah.