Sunday, July 22, 2012

tak tahu nak tulis tajuk apa...^__^

sudah genap tujuh hari.aku masih mengharapkan dipertemu dengannya kembali.masih menyalahkan diri aku,masih bersangka baik.masih mencarinya dibawah,di celah timbunan kayu dan besi yang masih belum tersudah merapinya.mungkin aku yang miss place lalu forget the place.2 jenis offer aku terima,tidak tergamak untuk ak memilih walaupun satu daripadanya.merasakan diri lebih selesa tanpa ada kehendak ke atasnya.sudah dimarahi berkali-kali,ketiadaanya di sisi aku hanya menyusahkan orang disekeliling aku.aku mohon maaf!aku bukan sengaja ingin menyusahkan kalian,tapi kalian tidak merasai apa yang aku terasa.senang bibir mengatur kata.mudah bagi hati meresap pahit tapi sukar bagi medulla oblaganta menghakisnya.

tidak sama keenakkan buah cempedak bagi yang hanya mencuri baunya.

pesan mak aku, semua yang berlaku keatas kamu sama ada yg menggembirakan atau yg menyedihkan,  anggaplah ia semuanya berlaku atas kebaikan kamu juga.namun jika ianya berlaku kerana sebahagian dari kecacatan kamu maka jangan kamu salahkan takdir yang ditakdirkan.kerana sebahagian itu hadir dengan kealpaan diri mu jua.

moga tidak terus berlayar dalam dunia sendiri.
moga ada yang hadir memberi suluhan..

lalu nenek aku mengisahkan sebuah kisah,di mana ada seorang lelaki ini sangat taat kepada ALLAH.tidak pernah meninggalkan yang sunat apatah lagi yang fardhu!lelaki ini mempumyai seorang anak lelaki.tiap kali dalam doanya tidak pernah dia lupa meminta kepada Al-Wahab untuk hanya memberikan kebaikan kepadanya.pada satu hari si izrail di perintahkan untuk menyabut nyawa anaknya.maka izrail tidak terus menarik nyawanya,dia bertanya kepada yang Esa",mengapa Engkau memberikan dugaan yang besar bagi hamba-mu ini" maka di jawab "hamba-ku itu meminta hanya untuk memberikan kebaikan kepadanya,anaknya itu akan membesar sebagai seorang yang jahat dan menyusahkan ayahnya".

ketentuanNYA tidak pernah tersasar dari kebaikan.

4 comments:

  1. 'manusia itu tak letih dengan taqdir, tapi letih kerana ketidak-puaasan-hati dengan taqdir.'
    sy selalu letih. moga sy cepat insaf.

    ReplyDelete
  2. kenapa,kalau sesuatu yg berlaku itu yg mengembirakan kita x cakap pown."dh ditaqdirkan mcm tue"

    tp kenapa,kalau berlaku sesuatu dugaan/ujian..kita terus cakap "dh di taqdirkan macam tue"..kenapa ek?

    ReplyDelete
  3. mungkin untuk menyedapkan hati ketika dugaan. sambil meningkatkan keimanan kepada Tuhan sebab masa ni baru nak carik sejadah untuk solat taubat. :)

    tp bila dpt nikmat, iman pun turun sebab tak pernah terfikir yang Tuhan yg kasi nikmat bukan kita yg usaha sampai dapat nikmat tu.wa iyazubillah.

    manusia mcm sy selalu mcm ni. moga sy cepat insaf.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan awak sahaja...saya jugak se-spesis dgn manusia jenis mcm nie...

      Delete