Thursday, July 26, 2012

MALAM TERAWIH KE-5.

hari selasa,puasa kempat,hati aku teringin sangat nak berterawih kat masjid At-taqwa,hampir 4 malam ak menunaikan terawih di surau yg bersebelhan ngan rumah.masa berbuka aku bertanya kat ayah,
 "terawih mana malam nie"
"sini je lah"
aduh,kesot hati aku.bukan aku memilih tempat nak berterawih,cuma terlalu rindu kat masjid at-taqwa.kalau nak pergi at-taqwa drive sendiri  mmg confirmlar mak aku tak bagi.masa sedang2 berbuka tue aku ajak lah abang aku terawih kat at-taqwa.aku dah ajak 2 kali,tp satu respon ak x dapat.taw lar tgh makan,ye pown angguk @ geleng  kepala dah cukup utk terima atau tolak ajakkan aku.kali ketiga aku tanya masih dia berdiam diri.dalam hati aki "hoy ko dgr x ape yang ak cakap nie"...sume kat meja tue dah gelak,melihat gelagat abang aku.mak aku pon tepuk kat bahu die lalu berkata :
" dgr x ape yg diorg cakap nie",
"hah??mende??"...
ALLAH!!menggelamun rupanya ko...teringat kat girlpren ke bro??.aku mengajak kembali..
"jom terawih kt at-taqwa?",
"okay".
tu diaaa..melompat-lompat hati aku.apa lagi berselera aku berbuka hari tue.lepas bantai 2 pinggan mee goreng,berlari aku naik atas.nak bersiap kot dah pkul 7.50 kot,semayang maghrib blom lagi,mandi belum lagi sumenya belum r.dah lar abg ak cakap nak kuar umah pkul 8.10 malam.kalut giler aku.dulu kalau nak gi at-taqwa kuar umah semasa azan isyak pown x pe.sempat kot kalu nak solat sunat sebelum isyak.,sekarang nie, mmg kene kuar awal giler..pergh mmg express giler aku bersiap.tepat jam 8.15 baru kami gerak.so yang at-taqwa malam tue aku,ikram dan farzana.mesti lar abang aku jadi driver,ak nie tetamu kehormat.faham2 je lah.aduh! hari nie jugak sume traffic light merah.asyik kene tunggu dan menanti jer.alahai,biasanya amik 15 minit jer nak gi area setapak garden.aduh,traffic light pye pasal azan isyak pown dah berkumandang.kami masih di traffic light kat pejabat pos.dah lah sangkut kat sume traffic light,parking pulak x de.bertawaf lar kami kat area tue 2 kali jer.x jumpa parking gak!.alamak dah iqomat!!..abang aku dropkn ak n farzana dulu,die terus mnecari parking.(Akhirnya dia jumpa lah!)...sempat kami sume mengangkat takbir bersama2 imam....
semayang isyak pown sudah.duduk kejap,tengok keliling masjid,terkenag pulak zaman sekolah dulu.dulu2 dengar je azan asar trus gi masjid.pastu balik kelas kene marah ngan ustazah sbb kiteorg ponteng kelas,bg alasan semayang kat masjid....
aik ttbe farzana bangun,dia jalan ke hujung.aku x taw kenapa..maybe nak amik wuduk kot.aku terus duduk kat situ jer,x anjak 1 cm pun.rupa2nya dia gi jumpa ustazah mariam,guru besar kami semasa kami tgh belajar kat sekolah agama at-taqwa.adek aku bersalaman ngan ustazah mariam.aku dari jauh tgk jer.ak x nak anjak dari tempat ak!!..maka berlaku sedikit dialog antara ustazah adek aku,di mana ak x dengar satu haprak pown.tp ak minta adek ak rewind balik..
"assalamualaikum ustzh"
"wailakumusalam,fajarina ke nie?"..(ak gelak bila adek aku citer balik)
"eh,nie adek fajarina lar ustazah"
"silap r,fajarina x datang ker?"
"datang,tu dia, selang 8 orng dri saf ustzh"
(panjang lagi dialog tue,malas ak nak qoate satu2..sbb adek ak citer kat ak pun sampai tu jer)

adek ak kembali ke tempat die,lau dia dia berkata kat aku:
"ustazah ingat ko jer.jelez ak."
"haha.well......"
"kepala hotak ko,sedih ak."
"hahaha..kesian".
pastu kami pon sembahyang terawih.ak wat lapan jer,pastu k tunggu ustazah tue kat saf belakang.anak2 ustazah sume dh stop dengan rakaat lapan,tp ustazah mariam berdiri n sambung balik.dalam hati ak,alamak ustazah wat 20 ke???alamak.tp x takpe ak rse mcm nk tunggu jap.so,ak gi mintak izin kat abang aku,nak jumpa ustazah mariam,esok x pasti lagi ak dapat jumpa ustazah.yesss!!..ustazah mariam wat solat witir rupanya.sesudah die berdoa jer ak terus pergi kat ustazah.ak cium tangan seorang ustazah yg pernah denda ak berdiri atas kerusi,dan pernah memberi segulung sijil kepada ak.Allahhh...rindunya kat ustazah..

"ustazah sihat?"
"alhamdulillah sihat..kamu?..wah dah besar skunk,dah 21 ker?"
"sihat ja..mana x besar ustazah,ustazah last tengok saya masa darjah 6."
pastu kami pown bercakap dlam 10 minit.


ustazah tue masih ingat lagi,dulu aku suka kacau anak dia bazley.boleh pulak ustazah ungkit.rindu sungguh ustazah kat aku..hehe...ustazah tue kate,fajarina,bazley dah besar,awak dah xley kacau dia,dah x ley main2 ngan die..alamak!! ustazah nie,ckap depan adek ak..malu lar gua!!..aku n anak2  ustazah tue mmg rapat,kecuali ngan anak sulung ustazah sbb beza umur ak n die setahun jer,namenya amin.so x best kacau ngan bdak yg lebih kurang sama umur.anak2 ustazah yg selalu jadi mangsa kacau aku munirah,bazley n irshad.aku sempat berkenalan dengan 4 orang anak ustazah jer..sbb ak dah grad dari Sekolah Rendah Agama at-taqwa...ceewwaahh...haha...selang dua tahun lepas tue,ustazah pown dah dipindahkan ke sekolah lain.ustazah tue cukup gembira,sehinggakan aku dengar berkali2 dia mengucap alhamdulillah tika ak mengatakan "ustazah,sekarang nie saya belajar kat uia.."..berulang2 kali dia bersyukur.ustazah mariam siap cerita salah seorang dari anak murid nya dah jd pilot..
Allahhhh...begitu murni hati seorang guru.tidak pernah dengki dengan kejayaan anak muridnya.bahkan mereka turut berbangga.

bila aku menyambut salam sebelum pulang,ak memegang lama tangan ustazah.
tangan ustazah sudah berkedut,urat-urat jelas kelihatan.
tangan itu jugak ku sambut 8 tahun yang lalu. sgt putih dan lembut.

YA ALLAH ENGKAU BERKATILAH KEHIDUPAN GURU-GURUKU.
ENGKAU BERKATILAH KELUARGA MEREKA
ENGKAU TANAM KANLAH PERASAAN KASIH SAYANG AK PADA MEREKA SEMUA.DAN ENGKAU TANAMKANLAH  PERASAAN KASIH SAYANG MEREKA PADA AKU.MOGA KAMI MAMPU SALING  MENGASIHI.


No comments:

Post a Comment