tidak sama keenakkan buah cempedak bagi yang hanya mencuri baunya.
pesan mak aku, semua yang berlaku keatas kamu sama ada yg menggembirakan atau yg menyedihkan, anggaplah ia semuanya berlaku atas kebaikan kamu juga.namun jika ianya berlaku kerana sebahagian dari kecacatan kamu maka jangan kamu salahkan takdir yang ditakdirkan.kerana sebahagian itu hadir dengan kealpaan diri mu jua.
moga tidak terus berlayar dalam dunia sendiri.
moga ada yang hadir memberi suluhan..
lalu nenek aku mengisahkan sebuah kisah,di mana ada seorang lelaki ini sangat taat kepada ALLAH.tidak pernah meninggalkan yang sunat apatah lagi yang fardhu!lelaki ini mempumyai seorang anak lelaki.tiap kali dalam doanya tidak pernah dia lupa meminta kepada Al-Wahab untuk hanya memberikan kebaikan kepadanya.pada satu hari si izrail di perintahkan untuk menyabut nyawa anaknya.maka izrail tidak terus menarik nyawanya,dia bertanya kepada yang Esa",mengapa Engkau memberikan dugaan yang besar bagi hamba-mu ini" maka di jawab "hamba-ku itu meminta hanya untuk memberikan kebaikan kepadanya,anaknya itu akan membesar sebagai seorang yang jahat dan menyusahkan ayahnya".
ketentuanNYA tidak pernah tersasar dari kebaikan.
'manusia itu tak letih dengan taqdir, tapi letih kerana ketidak-puaasan-hati dengan taqdir.'
ReplyDeletesy selalu letih. moga sy cepat insaf.
kenapa,kalau sesuatu yg berlaku itu yg mengembirakan kita x cakap pown."dh ditaqdirkan mcm tue"
ReplyDeletetp kenapa,kalau berlaku sesuatu dugaan/ujian..kita terus cakap "dh di taqdirkan macam tue"..kenapa ek?
mungkin untuk menyedapkan hati ketika dugaan. sambil meningkatkan keimanan kepada Tuhan sebab masa ni baru nak carik sejadah untuk solat taubat. :)
ReplyDeletetp bila dpt nikmat, iman pun turun sebab tak pernah terfikir yang Tuhan yg kasi nikmat bukan kita yg usaha sampai dapat nikmat tu.wa iyazubillah.
manusia mcm sy selalu mcm ni. moga sy cepat insaf.
bukan awak sahaja...saya jugak se-spesis dgn manusia jenis mcm nie...
Delete