Tuesday, July 10, 2012

lupa dan ingat



Lupakan segala kebaikan kita keatas orang lain.
lupakan segala kejahatan orang lain keatas kita.

kenapa?

supaya kita tidak mengharapkan balasan dari orang lain,dan sentiasa memaafkan salah silap manusia.


Ingat segala kebaikan orang lain kepada kita.
ingat segala kejahatan kita kepada orang lain.

kenapa?

supaya kita sentiasa berterimakasih kepadanya dan sentiasa merasakan diri kita masih hina dan memerlukan kemaafan darinya.


kalau nak minta maaf pown susah,apatah lagi untuk memafkan?

~moga mampu meminta dan memberi~

5 comments:

  1. ingat lupa ingat lupa.
    aku selalu lupa hutang aku kat orang.
    hmm.
    nak kena catat nampaknya..

    ReplyDelete
  2. kalau lupa hutang orang kepada kita,kheir sahaja..
    tp jgn sekali-kali lupa hutang kita kepada orang...

    *GUA AD HUTANG LU??
    MAAF,SEBAB HUTANG BUDI AWAK MMG X MAMPU SYE BAYAR..

    ReplyDelete
  3. tu lah. yg gua selalu lupa ialah hutang gua kepada orang. itu memang masalah.
    kena renung balik nasihat al-Sheikh Hassan al-Basri. hehe

    memang gua x mampu nak bayar kat awak segala budi yang pernah awak taburkan dan berikan kat gua.
    jadi,
    tepatlah pepatah org2 dulu, hutang budi bawa mati...terima kasih dari gua al-haqir. (walaupun terima kasih ni memang tak boleh membahagiakan awak.)
    tp gua harap awak tak menyesal kerana terpaksa berhadapan dengan gua..lagi.. ^__^

    ReplyDelete
  4. jika tiada budi yg pernah diberi mahupwn ditabur,dan tidak pernah meminta utk berterimakasih...mana mungkin lahir penyesalan...^^___^^

    ReplyDelete
  5. budi yg ditabur itu dari pihak awak kpd gua. :)
    dari pihak gua kepada awak mmg x pernah ada budi. :(

    ReplyDelete