bulan haram kembali lagi.
kata-kata hijrah bertaburan
di fahami dan dierti setiap kisah
sebalik penghijraan itu.
tiada iktibar yang diambil.
pengetahuan hanya sekadar
memenuhi tuntutan semasa
pengamalan tidak pernah
sempurna sepeti tuntutan syariah.
lagu maal hijrah didengar seharian
sesudah radio,tv
sesudah tv,mp3
makna sebenar hijrah
tidak pernah mengetuk pintu hati.
hanya sebagai syarat doa akhir dan awal tahun dibaca.
miskinnya jiwa ini.
tahun demi tahun berselih ganti
hari demi hari pantas berlalu
tidak sedar,hampir menuju ke pemilik nyawa
usia hidup makin berkurangan.
timbangan dosa sudah tentu bertambah
timbangan pahala??
boleh dikira dengan jari....
moga tahun baru ini
sentiasa diberkati oleh yang Maha Esa
sentiasa dibawah payung rahmatNya
dan sentiasa ingat padaNya dan kepada KekasihNya
No comments:
Post a Comment