menyusuri bukit yang berliku
dalam suasana yang gelap serta sunyi
hanya teka teki memenuhi pemikiran aku
kalau itu bukan kucing, apakah itu (?)
ah!.itu bukan kali pertama bagi aku
mainan dunia sungguh melekakan
akal yang cetek membodohkan diri sendiri
benar itu bukan kucing.tp ia seekor tupai tanah
sengih.
sekeras-keras hati,ia tetap tidak sekeras batu
hati hanya mempunyai kekerasan seketul ais.
di mana memang mudah untuk di cairkan
jika dia seorang yang degil
nasihat dan tarbiyyah mampu melembutkan dia
biar mati jasad jangan mati hati
hanya hati sahaja mampu menghayati.
biar mati jasad jangan mati hati
hanya hati sahaja mampu menghayati.
****
No comments:
Post a Comment