Tuesday, July 31, 2012

tak nak tempah tiket kemana-mana pun.

ak dapat invitation : reunion batch "kita,Wakaf Tengah,25/8/2012.ak click:maybe.aku sendiri mengambil masa 2 hari utk berfikir sama ada nak pergi @ xnak.aku bajet nak bagi respon nanti lar lepas raya.semalam aku tgk balik group tue,ade due date pulak utk wat confirmation."kawan-kawan sila buat confirmation anda sebelum 30/july/2012.reaksi aku,"aduh,bapak awal!".hujung sudut hati aku ade hasrat untuk menghadirkan diri.tapi aku tak elok lar aku wat confirmation tanpa tanya mak aku.so,petang tue on the way nak amik adik aku kat sekolah,aku cerita kat mak aku pasal reunion nie.
"ma,kawan2 WT nak wat reunion kt WT.nk pegi boleh?
"bile?"
"lepas raya 25/8"
"budak2 dari kl gi x??"
"x tahu x tye lg"
"kalau ade kawan gi sekali,pergi lah.kalau sowank2 jangan lah"

aku dapat green light.yeehaah!..kalau nak pergi sorang2 memang aku tak nak pergi.yang penting bagi aku pada saat itu hanya green light.green light dah dapat lain sume aku boleh settle.sekarang,kehadiran aku ke reunion, mak aku  bukan lagi penghalang.kini aku hanya perlu mengetahui berape ramai yang akan ke reunion itu dari KL.maka petang tue aku bukak group unforeseen and bace sume komentar dan posts.yeah!ak jumpa satu post yang amat bersesuaian dengan situasi aku."orang Kl jom gerak sekali"...aku baca satu per satu.hanya 4 orang sahaja yang confirm pegi.empat itu dah cukup banyak.maka aku PM kat dua orang yg arrange budak2 Kl untuk menanyakan bagaimana mereka akan ke WT.kot2 lah diorg plan nak naik flight.konfem2 ak tak ikut. 

"salam ,korunk gi reunion tu mcm mne?"
*wassalam.ak drive kot..minyak tong2 r"
"drive gilir2 nanti"(mesej ini sebahagian dari q**a dan sebahagian dari t**h)

perghh...memang aku terkejut beruk bace mesej tue.dalam hati aku "bapak berani diorg nie!" "bagi pulak mak ayah diorg travel jauh".."wei travel 8 jam kot!!".kalau travel stakat 2-3 jam x pe lah jugak.

saat tue jugak aku memadamkan hasrat aku.aku rasa sangat membahayakan diri kalau aku ikut mereka.aku bukan memperlekehkan kebolehan mereka.tapi aku tak nak menempah maut.ye.. memang orang selalu kata,maut tue bila2 sahaja.cuma aku aku tidak mahu menempahnya dengan kedegilan aku.aku cuma tidak mahu ibu bapa aku dipersalahkan kemudian hari.mungkin kalau sesuatu yang berlaku keatas aku aku tak nak orang mengata sebegini kepada ibu bapa aku.

"ada ke patut mak dan ayah bagi die gi situ dengan kawan.
dah lah yang bawak keter tue masih student"

tapi,kalau something yg berlaku tue terjadi dikala aku naik bas atau airbus,orang akan mengatakan sebegini
"nak wat mcm mne,dah ajal dia kat situ"

nampak tak??..aku tak nak parent aku di persalahkan.

macam ni lah aku berfikir ketika aku membaca mesej dari kawan aku.aku bukan memperlekeh kawan-kawan aku.mereka sume mmg hebat2.cuma aku takot bila giliran aku utk drive aku tidak mampu.
aku tidak ingin menjadi penyebab.dengan tangkas dan cepat(sbb dah 30/julai) aku terus menukar status maybe ke not going.aku puas hati dengan pilihan aku.

hari ini lepas berbuka,sambil tengah tengok hala advice,mak bertanya: 

"amacam plan gi WT?"
"ma,diorg nak gi naik keter kot"
"hah?? ko fikir-fikir elok2 sbum wat confirmation"
"fajrin x pegi"
"^___^"

mak aku hanya membalas dengan senyuman.senyuman itu sangat memuaskan hati aku.aku rasa bangga kerana mak aku gembira dengan kata putus aku.kalau lah aku,aku bertekad nak pergi jugak reunion tue.sudah pasti mak aku sangat berat melepaskan aku.aku hanya keluar rumah pada hari itu tanpa keberkatannya.apa lah yang indah selain mendapat keberkatan dari ibu sendiri

aku pernah terdengar mak aku berkata pada seseorang yang menanyakan tentang saya

"dia tue kecil lagi"

mak aku masih merasakan aku masih kecil,biarlah mak aku
sentiasa merasakan sedemikian.biarlah mak aku sentiasa berpesan-pesan keatas,menasihati aku,hatta 
nak marah aku pun aku x kisah...kerana aku masih kecil dimata dia.

tidak dia dahulu,aku dahulu
moga aku telah membuat yang terbaik walau siapa pown didahulukan olehNYA


Sunday, July 29, 2012

ALAMAK! DIA DISINI?

kalau aku tahu aku akan terserempak sama lu,
sudah tentu aku tidak akan menyarungkan tudung biru itu.
 (jgn perli ak..)

tapi tidak mengapa,kerinduanku terubat lar jugak, disaat melihat muka mu.
cuma keseganan aku menghalang aku untuk berkata-kata.


tapi...sedih jugak!..
tika aku nak senyum pada kamu,kamu berpaling..SEDIH TAW!.
terpaksa ak menarik balik ukiran lengkung dibibir...
nak panggil,sudah jauh jaraknya..:(


nota diselitkan di wiper seat depan sebelah kanan.
sayangnya,tiada penghuni disitu.
hanya pada jam 6 pm,tmpat itu diisi.
hehe..dn baru perasan ad kertas diselitkan,
hanya melihat pada tulisan itu,sudah ku tahu siapa.


doakan ana sekali ek!
x mampu nak balas nota
sbb aku lihat dengan mata aku sendiri kereta antum sedang diundur....







Thursday, July 26, 2012

MALAM TERAWIH KE-5.

hari selasa,puasa kempat,hati aku teringin sangat nak berterawih kat masjid At-taqwa,hampir 4 malam ak menunaikan terawih di surau yg bersebelhan ngan rumah.masa berbuka aku bertanya kat ayah,
 "terawih mana malam nie"
"sini je lah"
aduh,kesot hati aku.bukan aku memilih tempat nak berterawih,cuma terlalu rindu kat masjid at-taqwa.kalau nak pergi at-taqwa drive sendiri  mmg confirmlar mak aku tak bagi.masa sedang2 berbuka tue aku ajak lah abang aku terawih kat at-taqwa.aku dah ajak 2 kali,tp satu respon ak x dapat.taw lar tgh makan,ye pown angguk @ geleng  kepala dah cukup utk terima atau tolak ajakkan aku.kali ketiga aku tanya masih dia berdiam diri.dalam hati aki "hoy ko dgr x ape yang ak cakap nie"...sume kat meja tue dah gelak,melihat gelagat abang aku.mak aku pon tepuk kat bahu die lalu berkata :
" dgr x ape yg diorg cakap nie",
"hah??mende??"...
ALLAH!!menggelamun rupanya ko...teringat kat girlpren ke bro??.aku mengajak kembali..
"jom terawih kt at-taqwa?",
"okay".
tu diaaa..melompat-lompat hati aku.apa lagi berselera aku berbuka hari tue.lepas bantai 2 pinggan mee goreng,berlari aku naik atas.nak bersiap kot dah pkul 7.50 kot,semayang maghrib blom lagi,mandi belum lagi sumenya belum r.dah lar abg ak cakap nak kuar umah pkul 8.10 malam.kalut giler aku.dulu kalau nak gi at-taqwa kuar umah semasa azan isyak pown x pe.sempat kot kalu nak solat sunat sebelum isyak.,sekarang nie, mmg kene kuar awal giler..pergh mmg express giler aku bersiap.tepat jam 8.15 baru kami gerak.so yang at-taqwa malam tue aku,ikram dan farzana.mesti lar abang aku jadi driver,ak nie tetamu kehormat.faham2 je lah.aduh! hari nie jugak sume traffic light merah.asyik kene tunggu dan menanti jer.alahai,biasanya amik 15 minit jer nak gi area setapak garden.aduh,traffic light pye pasal azan isyak pown dah berkumandang.kami masih di traffic light kat pejabat pos.dah lah sangkut kat sume traffic light,parking pulak x de.bertawaf lar kami kat area tue 2 kali jer.x jumpa parking gak!.alamak dah iqomat!!..abang aku dropkn ak n farzana dulu,die terus mnecari parking.(Akhirnya dia jumpa lah!)...sempat kami sume mengangkat takbir bersama2 imam....
semayang isyak pown sudah.duduk kejap,tengok keliling masjid,terkenag pulak zaman sekolah dulu.dulu2 dengar je azan asar trus gi masjid.pastu balik kelas kene marah ngan ustazah sbb kiteorg ponteng kelas,bg alasan semayang kat masjid....
aik ttbe farzana bangun,dia jalan ke hujung.aku x taw kenapa..maybe nak amik wuduk kot.aku terus duduk kat situ jer,x anjak 1 cm pun.rupa2nya dia gi jumpa ustazah mariam,guru besar kami semasa kami tgh belajar kat sekolah agama at-taqwa.adek aku bersalaman ngan ustazah mariam.aku dari jauh tgk jer.ak x nak anjak dari tempat ak!!..maka berlaku sedikit dialog antara ustazah adek aku,di mana ak x dengar satu haprak pown.tp ak minta adek ak rewind balik..
"assalamualaikum ustzh"
"wailakumusalam,fajarina ke nie?"..(ak gelak bila adek aku citer balik)
"eh,nie adek fajarina lar ustazah"
"silap r,fajarina x datang ker?"
"datang,tu dia, selang 8 orng dri saf ustzh"
(panjang lagi dialog tue,malas ak nak qoate satu2..sbb adek ak citer kat ak pun sampai tu jer)

adek ak kembali ke tempat die,lau dia dia berkata kat aku:
"ustazah ingat ko jer.jelez ak."
"haha.well......"
"kepala hotak ko,sedih ak."
"hahaha..kesian".
pastu kami pon sembahyang terawih.ak wat lapan jer,pastu k tunggu ustazah tue kat saf belakang.anak2 ustazah sume dh stop dengan rakaat lapan,tp ustazah mariam berdiri n sambung balik.dalam hati ak,alamak ustazah wat 20 ke???alamak.tp x takpe ak rse mcm nk tunggu jap.so,ak gi mintak izin kat abang aku,nak jumpa ustazah mariam,esok x pasti lagi ak dapat jumpa ustazah.yesss!!..ustazah mariam wat solat witir rupanya.sesudah die berdoa jer ak terus pergi kat ustazah.ak cium tangan seorang ustazah yg pernah denda ak berdiri atas kerusi,dan pernah memberi segulung sijil kepada ak.Allahhh...rindunya kat ustazah..

"ustazah sihat?"
"alhamdulillah sihat..kamu?..wah dah besar skunk,dah 21 ker?"
"sihat ja..mana x besar ustazah,ustazah last tengok saya masa darjah 6."
pastu kami pown bercakap dlam 10 minit.


ustazah tue masih ingat lagi,dulu aku suka kacau anak dia bazley.boleh pulak ustazah ungkit.rindu sungguh ustazah kat aku..hehe...ustazah tue kate,fajarina,bazley dah besar,awak dah xley kacau dia,dah x ley main2 ngan die..alamak!! ustazah nie,ckap depan adek ak..malu lar gua!!..aku n anak2  ustazah tue mmg rapat,kecuali ngan anak sulung ustazah sbb beza umur ak n die setahun jer,namenya amin.so x best kacau ngan bdak yg lebih kurang sama umur.anak2 ustazah yg selalu jadi mangsa kacau aku munirah,bazley n irshad.aku sempat berkenalan dengan 4 orang anak ustazah jer..sbb ak dah grad dari Sekolah Rendah Agama at-taqwa...ceewwaahh...haha...selang dua tahun lepas tue,ustazah pown dah dipindahkan ke sekolah lain.ustazah tue cukup gembira,sehinggakan aku dengar berkali2 dia mengucap alhamdulillah tika ak mengatakan "ustazah,sekarang nie saya belajar kat uia.."..berulang2 kali dia bersyukur.ustazah mariam siap cerita salah seorang dari anak murid nya dah jd pilot..
Allahhhh...begitu murni hati seorang guru.tidak pernah dengki dengan kejayaan anak muridnya.bahkan mereka turut berbangga.

bila aku menyambut salam sebelum pulang,ak memegang lama tangan ustazah.
tangan ustazah sudah berkedut,urat-urat jelas kelihatan.
tangan itu jugak ku sambut 8 tahun yang lalu. sgt putih dan lembut.

YA ALLAH ENGKAU BERKATILAH KEHIDUPAN GURU-GURUKU.
ENGKAU BERKATILAH KELUARGA MEREKA
ENGKAU TANAM KANLAH PERASAAN KASIH SAYANG AK PADA MEREKA SEMUA.DAN ENGKAU TANAMKANLAH  PERASAAN KASIH SAYANG MEREKA PADA AKU.MOGA KAMI MAMPU SALING  MENGASIHI.


Sunday, July 22, 2012

tak tahu nak tulis tajuk apa...^__^

sudah genap tujuh hari.aku masih mengharapkan dipertemu dengannya kembali.masih menyalahkan diri aku,masih bersangka baik.masih mencarinya dibawah,di celah timbunan kayu dan besi yang masih belum tersudah merapinya.mungkin aku yang miss place lalu forget the place.2 jenis offer aku terima,tidak tergamak untuk ak memilih walaupun satu daripadanya.merasakan diri lebih selesa tanpa ada kehendak ke atasnya.sudah dimarahi berkali-kali,ketiadaanya di sisi aku hanya menyusahkan orang disekeliling aku.aku mohon maaf!aku bukan sengaja ingin menyusahkan kalian,tapi kalian tidak merasai apa yang aku terasa.senang bibir mengatur kata.mudah bagi hati meresap pahit tapi sukar bagi medulla oblaganta menghakisnya.

tidak sama keenakkan buah cempedak bagi yang hanya mencuri baunya.

pesan mak aku, semua yang berlaku keatas kamu sama ada yg menggembirakan atau yg menyedihkan,  anggaplah ia semuanya berlaku atas kebaikan kamu juga.namun jika ianya berlaku kerana sebahagian dari kecacatan kamu maka jangan kamu salahkan takdir yang ditakdirkan.kerana sebahagian itu hadir dengan kealpaan diri mu jua.

moga tidak terus berlayar dalam dunia sendiri.
moga ada yang hadir memberi suluhan..

lalu nenek aku mengisahkan sebuah kisah,di mana ada seorang lelaki ini sangat taat kepada ALLAH.tidak pernah meninggalkan yang sunat apatah lagi yang fardhu!lelaki ini mempumyai seorang anak lelaki.tiap kali dalam doanya tidak pernah dia lupa meminta kepada Al-Wahab untuk hanya memberikan kebaikan kepadanya.pada satu hari si izrail di perintahkan untuk menyabut nyawa anaknya.maka izrail tidak terus menarik nyawanya,dia bertanya kepada yang Esa",mengapa Engkau memberikan dugaan yang besar bagi hamba-mu ini" maka di jawab "hamba-ku itu meminta hanya untuk memberikan kebaikan kepadanya,anaknya itu akan membesar sebagai seorang yang jahat dan menyusahkan ayahnya".

ketentuanNYA tidak pernah tersasar dari kebaikan.

Tuesday, July 17, 2012

BUKAN MILIK AKU LAGI...MAAF

dua tahun aku bersama dia.
menjadi peneman kemana sahaja.
tidak pernah menyakiti aku,hanye diriku yg sentiasa melawannya..
tidak pernah meninggalkan aku,kecuali dgn kelalaian aku
namun sesal kemudian,tiada gunanya.....
tidak mampu ak mengganti si dia,di kala singkat ini.


1572012-C3 telah meninggalkn aku.
dgn kelalaian ak,si dia tergadai.
masih dalam ingatan mesej terakhir di baca oleh ak..

"ak looking forward nak dtg umah ko,tp...:("(lebh kurang mcm tu r)

masih jugak dalam ingatn mesej terakhir ak type atas nya..
"kalu ad kelapangan datang r...."


sedih sgt rasanya,kita kembali ke tempat tue cari property kita,tp tiadaaaa....
sampai ke hari ak masih men-dial nmbor ak,namun hanya operator shj yg menjawab..

hati gua remuk,berkecai bagai acorpal jatuh dr tingkat atas klcc..
x smpai hati nk cari penggantinya...

~~SEDIH~~



DAH LAH INTERNET X DE,HENFON PULAK MELARIKAN DIRI...
DH  JADI ALA2 ABROGINAL ORANG(HOK ZAMAN DULU LR):(
CRDTTS:WIFI  DI JALANAN..




Wednesday, July 11, 2012

SETIAP KALIMAH ADA ERTI..








JANGAN MENGHARAPKAN MUTIARA DARI KERANG




AKU BUKAN DARI KALANGAN TIRAM,:'(
JANGAN MENGHARAPKAN SESUATU YANG LEBIH DARI AKU..





MAAF,AKU YAKIN, AKU BUKAN DARI KALANGAN KAMU.














MENJADI YG BAIK DARI KALANGAN AKU SENDIRI,PERKARA BESAR BG AKU     

Tuesday, July 10, 2012

lupa dan ingat



Lupakan segala kebaikan kita keatas orang lain.
lupakan segala kejahatan orang lain keatas kita.

kenapa?

supaya kita tidak mengharapkan balasan dari orang lain,dan sentiasa memaafkan salah silap manusia.


Ingat segala kebaikan orang lain kepada kita.
ingat segala kejahatan kita kepada orang lain.

kenapa?

supaya kita sentiasa berterimakasih kepadanya dan sentiasa merasakan diri kita masih hina dan memerlukan kemaafan darinya.


kalau nak minta maaf pown susah,apatah lagi untuk memafkan?

~moga mampu meminta dan memberi~

Thursday, July 5, 2012

3 DK 6

pagi tadi dalam pukul 9.45 am,aku pegi SMK DANAU KOTA utk amik report card adik ak.baru nak pijak kaki di bumi smkdk macam2 ingatan terlintas dlam fikiran ku.Allaah!banyak sangat kenangan kt skolah tue.setiap sudut yg ak pandang teringat kt peristiwa2 yg berlaku..yg seronok ade,yang seram pown ade.ak rse macam lain je atmosfera kat smkdk skunk..rindu zaman skolah dulu..**berjumpa ngan syud mse amik report card td***

so,tadi mase ak nak gi klas adek aku,ak naik ikut tangga pejabat.teringat kat puan noraliza,dulu mana boleh naik guna tangga pejabat.dikhaskan untuk guru2 dan kaki tangan pejabat jer.klau waktu rehat ad pulak pengawas yang jaga tangga tue.dulu nak lalu depan tangga pejabat pown cuak,sbb tkot terserempak ngan pn    aliza.sat gi free kene bantai dengan rotan...rotan dan pn noraliza tidak boleh dipisahkan.kalau dengar tapak kasut pn liza pown sume bdak cuak kot,klu klas tue bising dengar jer bunyi kasut pn liza,pergghh sume duduk kat tmpat masing2 bace buku kot..haha

after amik report card,ak tenung jer klas 3dk6.macam2 ak terkenang.bnde pertama ak terkenang klas bm bersama cikgu Mat nawi.bende first yg cikgu mat nawi ajar ONOMATOPOEIA.kita belajar bunyi2 haiwan kan??...kalau waktu math,pn norizan divide kita sume dlam grup dan setiap grup ad buddy masing2..antara buddy yg ak igt,teck yu,syakira,lim syhn yee,and munhong..walaupon sume dh ad buddy masing2 teck yu jugak jd tempat rujukan.kesian teck yu.....ingat tak,dulu kelas kita penah jd femes sbb ad orng bakar dinding kelas kita.semata2 nak cover kesan hitam kita semua kmpul duit kelas untuk beli cat.bendahari kita mase tu saudari norarifah mastura.bab2 duit nombor 1 ipah nie...syud n shasha gi lar beli cat besama2 pn liew,guru kelas kita.hijau dan pink jd pilihan mereka..maka dinding belakang kelas 3 dk 6 di cat dengan warna hijau dan di"chicken pox"-kan dengan warna pink..hasilnya mcm tadika,riang dan ceria..haha..cikgu yg masok kelas kita sume terkejut.kelas 3DK6 kelas polka dot..haha!!skunk dh x de dh polka dot,dh dicat lain dh..huhu..then,ak gi jumpa cikgu2 kita dulu..terharunya semua cikgu masih ingat student2 3dk 6..cikgu norizan kata,batch kita batch yg terbaik...cikgu norizan sebut name sorang2 dan tye khabar.cikgu norizan kata,kalau dah besar nanti kalau kelas 3 dk 6 wat reunion,semua dah berjaya,ad nurse-syud,lawyer-sha,zaid,doktor-syakira,munhong,pilot-maurice,medical assistant-suhaila,dan macam2 lagi r..moga2 ALLAH memakbulkan doa cikgu norizan.AMIN.ak lepak ngan pn juriah gak,cikgu pj kita dulu..kalau waktu pj jer mest kita pening sbb x taw nak main ape,setengah mintak nak main volley,setengah lagi nak main futsal..last2 cikgu ju soh wat aerobik..hehehe.waktu pj lar paling best,3 tahun kalu pj jer mesti main kat dataran,mane ad padang dulu.kalau jatuh mesti terkoyak kat bahagian lutut,berdarah lar dan macam2 lagi r..perhimpunan pown kat dataran tue jugak,kawad pown kat situ jugak,denda kutip sampah pown kat situ jugak..1001 kegunaan dataran.dulu kat dataran tue ad gelanggang volley and basket ball jer,skunk nie mcm2 gelanggang ad..dah maju smkdk skunk nie,dh ad wifi and padang...

3DK6 SENTIASA DIHATI..




Monday, July 2, 2012

AKU PERGI...(:

telah datang waktu itu,
telah engkau bersama mereka,
maka telah jelas bagiku,
untuk mengundur diri.

tidak lagi ku ingin menyemak hidup mu,
tujuan kehadiran ku makin pudar,
kembalilah engkau kepada pencuit hati mu,
tidak lagi aku jelma walau di mimpi mu,

bergembira-lah bersama sang penggembira,
agar mampu ku mengukir lencongan dibibir ku,
tidak lagi ku sanggup dipersalahkan,
kerna hilang senyuman di wajahmu.

aku bukan yang terbaik bagi mu,
kata-kata mu ibarat debunga yg terbang menghinggap di kalbuku,
namun,kata-kata ku hanya terus dan terus menikam mu,
seperti pedang yg mendahagakan darah.

setiap detik dan saat bersama mu ibarat permata bagiku,
begitu besar ruginya ak melepaskan mu,
akan ku abadikan dalam memori ku tiap kenangan bersama mu,
pergilah bersama yang mencintai mu....

kebahagiaan mu keutamaan ku,
tidak ingin ku meyekat kebahagiaan mu,
jangan lagi engkau memikirkan tentang ak,
pergilah mencari cinta sejati mu..



~ak jua mungkin gembira disini~