Monday, February 11, 2013

aku masih muda..

setiap yang bermula pasti ada hujungnya.setiap yang hidup pasti akan mati.setiap yang tua itu pasti pernah muda  tetapi setiap yang muda belum tentu lagi ada peluang untuk menjadi tua. menjadi tua itu satu anugerah.bukan semua yang muda cakna dengan erti kehidupan sebenar.budaya ikut-mengikut budaya dan gaya hidup kuning biru merah pink dan sewaktu dengannya adalah maksud kehidupan bagi sesetengah remaja kini."kalau bukan sekarang nak enjoy bila lagi nak feel the life " ayat biasa yang dilontarkan oleh remaja yang haus dengan kenikmatan dunia. "  ala tua nanti x boleh wat mcm nie..now the time bro! we r still young"..lagi ayat muda mudi zaman aku..so bagi yang berpendapat begitu,usia tua itu adalah hadiah bagi mereka.satu tempoh untuk memperbaiki diri mereka.tidak pernah merasakan yang mereka sudah terlambat kerana tidak pernah merasa panggilan ilahi mendekati mereka.aku jugak seorang remaja pada ini.so take note lah,aku pun seperti mereka di luar sana...bila sudah sakit bertongkat terbaring baru terasa dunia ini bukan destinasi sebenar..ketika  saat aku menaip aku sedar dunia ini bukan destinasi aku..tapi siapa tahu apa yang aku akan lakukan sebaik sahaja aku publish post ini..hanya post ini yg akan terbuku di sebalik UKH...tapi aku?????.....hanya pemilik nyawa aku sahaja akan tahu apa yang akan aku buat sebentar lagi.

*****
pengorbanan sesuatu yang amat penting sebagai kehidupan seorang hamba Allah..kita tidak boleh nak tamak-kan semua benda.ada yang kita patut korbankan untuk mendapatkan yang lain.memang berat untuk kita pengorbankan perasaan mahupun nafsu kita.itulah cabaran yang paling sulit bagi setiap insan.ingin kan kebahagiaan di akhirat, keseronokkan dunia wajib dikorbankan.mungkin konteks dunia dan akhirat sesuatu yang besar.as a simple example...hati kita kena bersih dari cinta monyet jika mahu cinta hakiki itu memenuhi setiap ruangan di hati kita. tak faham?? tidak mengapa..ini apa yang dikatakan oleh seorang sahabat aku.cinta monyet hanya akan terus memakan sedikit demi sedikit perasaan kasih sayang kita terhadap orang lain.kita merasakan dialah yang satu dalam kehidupan kita.tiada yang lain yang lain mendapat cinta aku selain daripada dia.secara tidak langsung kita akan mengambil berat hanya tentang dia dan menyisihkan yang lain.kita tidak merasakan apa yang kelainan tetapi mereka yang sekeliling kita merasainya.layanan kita keatas mereka akan berubah.kita hanya menjaga perasaan dan hati si dia sahaja.itu cinta monyet.

tapi kalau dalam kita ada cinta pada Allah dan rasulNya...melimpah2 rasa cinta kita terhadap makhlukNya.terasa diri ini dicipta untuk bercinta.aku tidak erti lagi bagaimana hendak meng-elobratekan keindahan hidup jika hati kita dipenuhi dengan rasa cinta kepada Allah dan kekasihNya. sangat indah ! sangat indah ! sangat indah !..itu sahaja yang aku mampu bagi tahu..

begitu indah kehidupan mereka hanya meletakkan paksi kehidupan mereka untuk merebut keredhaan ilahi dan syafaat rasulNya.aku??jauh ketinggalan. belum tentu lagi sudah mula merangkak mengikuti jalan kehidupan yang sangat indah..aku masih terpesona dengan perhiasan dunia.keseronokan dunia.ah! soal dosa tidak pernah singgah di akal fikiran aku.apa yang aku tahu aku masih muda dan perjalanan hidup aku masih jauh....soal usia sentiasa membohongi kita..cetek pemikiran when kita cakap mati hanya untuk yang tua..dan tua nanti kita bertaubatlah....hmmm..sedih bila memikirkan keadaan diri sendiri yang masih leka...seperti aku dah cakap awal tadi..semasa aku menaip post ini aku sedar mati itu tiak mengenal usia.tapi sebaik sahaja aku publish...ntah apa yang akan aku lakukan......:(..hmm...

sedang aku terkapai-kapai di tengah laut biru
mengharapkan seseorang akan hadir
memberi kehidupan baru pada aku
atau akan aku terus lemas dalam laut ini






No comments:

Post a Comment