Friday, August 23, 2013

apa nak jadi?

Hari ini kehidupan bukan macam zaman dahulu kala.dulu zaman atok nenek kita pendidikan bukan satu keperluan. Bukan semua dapat peluang untuk sambung belajar.ada yang setakat darjah 5.sbb dulu xde upsr yang ad penilaian darjah 5.ada sesetengah dapat sambung belajar srp.zaman dulu anak yang dah lulus srp dah macam grad university dengan kelas pertama.ada yang dapat gi university tempatan.setakat ada keputusan srp pwn dah boleh kerja dulu.tapi sekarang dah lain.pendidikn is everything.

Zeman dah berubah.kadang2 aku pelik  tengok anak2 muda melepak, merempit,keje skolah x nak buat, tak nak belajar dan apa2 yg sewaktu dgnnya. Aku terpikir terlalu kaya kah mak bapak diorg? Adakah mak bapak diorg boleh support diorg spi tua? Diorg mmg x payah kerja ker sebab mak bapak terlalu kaya..kalau benar pwn mak bapak diorg orang kaya xkn x de keinginan sendiri. Takkn lah xde cita2 sendiri.

Aku Kadang2 terpikir gak.klu diorg bukan dari orang kaya.mesti dari family sederhana @ miskin.tak kan diorg terfikir nak beljar elok2.tak nak tolong mak bapak diorg ker? Tak kan diorg pwn x de rasa nak pakai keter import baju branded shopping kat butik...sebab ak ad rasa mcm tue n aku rasa dengan satu perkara je aku boleh rasa apa yang aku nak rasa.Belajar.aku yakin study hard can change destiny.mksd ak bukan boleh mengubah takdir.tapi kau boleh usaha.lps usaha x dpt maka redha.

Tadi aku singgah 7e.sebelah tue ad cc.depan pintu cc tue terpapar besar no student with school uniform.bijaknya budak2 nie mereka berani bukak baju sekolah diorg simpan dlam beg n biarkn beg diluar.sepatutnya jam 2 petang diorg kene ada kat sekolah bukan cc.sedih jugak lah melihat anak melayu buang masa mcm nie.sedangkn anak cina terus bangkit.melayu cakap malaysia milik mereka india dan cina pendatang.tapi berapa ramai anak melayu terus buang masa tak kn x sedar diri lagi? Ekonomi cina dah pegang.apa lagi nak bg peluang kat cina.setakat islam berbahasa melayu dan mengamalkn adat melayu tidak cukup untuk mengekalkan msia sebagai tanah melayu.federal constitution boleh di pinda.kalau x silap aku di msia sendiri ekonomi orang melayu makin merosot.klau kat sekolah top scorer mesti cina.anak melayu sibuk dengan politiknya.sikit2 kami mempertahankan hak melayu. Hapuskn pinjaman ptptn.hapuskn ni tingkatkn tue..tukar kerajaan ini kalilah bersih anak muda patut diberi peluang utk berpolitik..kemon lar bro....ini sume style lama.ada anak cina minta nie minta tue??? Tp koata utk diorg sentiasa bertambah.sbb they do it well in everything.so tidak adil lah kita tak bagi apa yang patut.adil bermakna put everything in right place.so adil lah..bdak  cina ramai dpat straight a's so qoata jpa and matrik dibesarkn.

Tp bukan semua anak melayu mcm tue.ada jgk top scorer kat sekolah ,melayu.ada je org melayu yang hebat2. Tp msia perlukn lebih ramai anak melayu yang hebat.klu anak2 muda melayu terus melepak n merempit n berpolitik tanPa ada ilmu.....tengok lah apa yg akan terjadi nanti.


Mood ak tulis nie.aku tgh sedih sbb mesti mak ayah sangka anak diorg tgh belajar kat sekolah n besar nanti berjawatan tinggi.tp si anak tue khusyuk bermain counterstrike. 

Saturday, July 20, 2013

pavlova

Gua saja nk sisipkan ukiran kata hati ini di sini agar satu hari nanti gua dapat tunjuk kepada anak2 gua.



Pavlova
Ini lah pavlova pertama yang gua makan

This is my first pavlova digest in my stomach
Thankx amot n family

Tuesday, July 2, 2013

she is someone in my life



love is not only make fo lovers
it also for friend 
who love each other better than lovers 





you are always there for me
when my spirit need a little lift
i cannot thank you enough for that 
you are truly an extraordinary gift 

the world could use more people like you
it would certainly be a better place
i love everything about you
you are someone i could never replace

 our bond is extremely special
it is unique in it's on way
you have something irreplaceable
i love you more and more each day

i still remember the first day we met 
you are too shy to say much at all
it's funny to think back to that time
becouse now we are having a ball !

thankx for everything dear!

Monday, July 1, 2013

husnuldzon. mudahkah?


Dunia sekarang tak macam dahulu. semuanya dah berubah.bahkan pencuri pun dan ubah style.kalau dulu orang takot biar pintu terbukak malam2 takut pencuri masuk.tapi zaman sekarang rumah yang ada cctv setiap sudut pun pencuri ini licik je.apatah lagi waktu tengah hari. pencuri sekarang x kerja malam je.siang pun diorg dah kerja sebab kos sara hidup kat Malaysia dah tinggi. pencuri pun dah ubah selera.okay aku x nak cakap pasal pencuri pun..itu hanya sekadar muqodimah..

apa yang aku nak type sekarang ini...semuanya dah berubah sekarang.,kita pun dah berubah.dulu kecik, minum air dalm botol susu,kene tido dengan mak ayah, makan kene suap, n macam2 lah. tapi sekarang ? hmm..nak keluar jalan-jalan dengan mak ayah dah malu , nak pegang tangan mak ayah dah malu. alasannya "am grown man!" perasan!!. grown apa?? baju sendiri x reti basuh? bukan setakat baju..seluar dalam hang sapa basuh?? " mesin basuh lah" ok noted.sape sidai??? sape lipat?? "mak aku lah"....x malu ka??
eh, bukan ini jugak aku nak cakap..ini hanya perasaan aku bila orang kata "am grown"....

apa yang aku nak type sebenarnya.....sampai tahap mana kita perlu husnu zon - bersangka baik..aku bukan ustazah aku bukan pelajari pengajian islam dan aku juga bukan dari sekolah aliran agama..aku hanya nak tulis mengikut pandangan aku sebagai seorang manusia di dunia zaman sekarang.mungkin sekadar pandangan duniawi sahaja..

"husnudzon". amat dituntut dalam islam.malah nak mendidik hati sentiasa husnudzon bukan satu perkara yang mudah.memang bukan mudah.tapi ringan je mulut nak suruh orang lain..tapi kita sendiri?? sejauh mana kita mampu nak ber-husnudzon?.

nampak dua orang pasangan muda kita pikir dia couple , tengaok perempuan berbaju ketat tidak bertudung pakai short kita fikir dia ini mesti tak solat n macam-macam lar kita fikir..kenapa??? sebab kita ini manusia.bukan malaikat bukan setan.kita ada akal,  kita ada nafsu. tapi mungkin pasangan tadi kawin muda ,mungkin perempuan itu sempurna solatnya nak banding dengan bertudung? ye pakai tudung...tapi solat x amik air semayang.woha!

tapi kali ini aku ada satu kisah benar yang aku nak kongsi. sejak kisah ini berlaku dalam hidup seseorang yang hampir dengan aku.tapi  sejak aku lihat dan dengar dengan mata telinga kepala aku sendiri aku x mampu nak  bersangka baik dalam perkara ini..aku namakan orang yang hampir tue sebagai mak.sila selami kisah ni..hehe

sejak sebulan lepas , mak asyik melihat seorang wanita yang sangat tua.sangat tua.berjalan menggunakan tongkat  , tidak berkedut seribu tapi seratus lima puluh juta.wanita tua ini akan naik motor bersama anaknya.ye mungkin anaknya.kadang2 dapat lihat anak tersebut pimpin tangan wanita tua itu. terlintas dalam hati mak "baiknya budak ini sanggup pimpin tangan bawak mak dia gi cek up". kadang-kadang anak itu akan tolong wanita tua ini naik motor..nak kata pendek sejuk hati orang melihat..

one day , mak ternampak wanita ini di tempat yang lain, tapi ketika itu dia keseorangan.sambil memegang baldi kecil dan beg tangan.wanita tersebut meminta sedekah disitu . terkejut  mak melihat wanita tua itu. tapi mak tak kisah.bila mak lalu depan wanita itu mak hulur Rm 2.o0. selepas seminggu mak ke tembat tersebut sekali lagi untuik membeli bahan mentah wanita tua tua itu msih ada di area tersebut dan masih meneruskan pekerjaannya. macam bese mak hulur Rm 2.0o..sudah berpusing2 mak pun nak dah nak balik. mak nampak wanita tua ini menaiki motor bersama lelaki itu. yang barangkali mungkin anak atau wanita tua ini dipermainkan..

kalu ikut logik. sampai hati ke seorang anak membiarkan ibunya mengemis di tepi jalan ? tak kan tak ade rasa simpati langsung anak ini . tak malu kah seorang anak membiarkan maknya yang mencari duit untuk beri makan kat dia yang sudah besar gajahh badak.??? aku rasa teruk mana pun anak tue..dia x sanggup tgk mak dia macam tue.

so , what happen next??

sebelum tu aku aku cakap sikit..selama wanita tua mengemis disitu mesti ramai yang sedekah tue fikir kesian makcik ni dah tua sangat, mungkin ramai yang hulurkan bantuan berniat nak tolong makcik nie....mungkin kalau aku kat situ, aku pun akan hulur duit sbb kesian kat makcik tue.makcik tu tua sangat bro! SANGAT!

okay wat happen next , mak said that,  mungkin that pity wanita tua actually is working for agent. sebab tue ade orang antar dan amik dia. sebab tue lokasi die pun berbeza. sbb kalu nak banding lokasi pertama mak nampak wanita tua tu and lokasi sangat jauh.x mampu nak jalan kaki sampai ke situ.n x logik wanita tua tu boleh drive atau kayuh basikal.

so, sekarang nie meminta sedekah is become a part of job in malaysia?? mungkin lepas ni x ramai yang menganggur lar..sebab meminta sedekah adalh salah satu pekerjaaan under skim cepat kaya.kita bagi sedekah sebab nak tolong mak cik tue..tapi sebenarnya ada pihak ketiga yang nak amik advantage..so bila dah tengok dengan mata sendiri...ad rasa ke nak tolong peminta-peminta sedekah ni??? akan ada lagi ke sangkaan baik??.ye orang akan kata "ko niat sedekah ikhlas lar dapat pahala"  tp masalh sekarang bukan x nak sedekah. tapi dengan itu orang lain yang jadi kaya. makcik ni mungkin dapat commission berapa sen jer.. soal pahala dosa aku x nak cakap. saham akhirat nanti pun aku x nak cakap.memang aku nak secara duniawi sahaja. x selesa?? berhenti baca dan pegi layan lagu bruno mars.

sekarang ni ramai peminta2 sedekah nie kerja dengan agent. dan ade jugak yang benar2 meminta simpati orang ramai.moga Allah jadi aku kau dan mereka dari kalangan sentiasa mampu bersedekah..tapi kalau yang keje dengan agent?? rugilah kita..agent tu makin lama makin kaya. peminta  tue masih maintain macam dulu.
mana hilangnya wang2 yang dihulurkan?? kadang2 kita boleh lihat seseorang itu meminta sedekah kat area tue bertahun2.sejak kita kecik hingga lah kita dah besar memang dia lah kat situ.

aku nak buat kira2 skit.kalu seorang bagi rm 1 seratus orang lalu situ dan dapat Rm 100 dalam masa sebulan  Rm 3000...kalu sebulan boleh dapat tiga ribu x kan dah 20 tahun pun masih meminta???..pelik!

susah lah zaman ini nak bersangka baik kat orang.at the end kita yang kene tipu.macam taktik orang guna sekarang nak cari duit.menggunakan anak kecik orang tua, and orang cacat.

okay bukan ini yang aku nak type sebenarnya.....

sebenarnya aku nak cakap...ramadhan bakal menjelma.10 hari je lagi. moga kita sempat berpuasa dan sempat berpuasa selama 29 / 30 hari..moga ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan yang lepas..
akhir titah aku...yang penting dalam hidup nie biar ikhlaskan diri. memang suah nak ikhlas sbb manusia suka akan penghargaan.tapi jom kita try...RAMADHAN AL MUBARAK.


~HUSNUDZON AKAN MENGURANGKAN DOSA BACKBITING~







Wednesday, June 19, 2013

wahashtaniy




orang lain nampak kita macam luar biasa tapi sebenarnya kita biasa sahaja

orang lain nampak kita macam biasa tapi kita luar biasa sebenarnya.

biarlah pertemuan dan kemanisan bersahabat dengan enti , salah satu daripada perancangan pemilik nyawaku

dan jika ada perpisahan sebalik ikatan ini biarlah ia juga salah satu perancangan pemilik nyawamu

kerana aku yakin 

sepi - bukan bermakna hilang
diam - bukan bermakna lupa
jauh - bukan bermakna putus

 aku mengharap doa kamu sentiasa mengiringi aku.

terima kasih atas segalanya.
 dan maaf salah silap

aku insan biasa yang selalu lupa kebaikan orang keatas aku dan kesalahan aku keatas orang lain.


 


 yang kuning tue kamu.hehe



~moga2 nanti kita dapat bersiar-siar bersama-sama
sambil memegang segelas khamr  ~


Sunday, April 14, 2013

jiwa.


kadang-kadang dikala kita hanya meminta 
segempal tanah ,
ada yang hadir memberi sejongkong emas.

walau pada hakekatnya , aku hanya perlukan
segempal tanah sahaja

kadang-kadang aku hanya meminta setapak habuk
tapi tiada yang datang memberinya.


budi pekerti tidak sama antara aku kau dan mereka.

Sunday, April 7, 2013

mulut dan hati itu lain III



baik macam mana pun diri kita
pasti ada yang tidak menyukai kita

buruk macam mana pun diri kita
pasti ada menghampiri kita

ukuran baik buruk bukan diluar
tp apa yang ada dihati akan terpancar di luar tanpa ko sedari

akhirnya..engkau yang tertipu.

sucikan yang dalam yang automatically yang luar pwn cantik. :)

Thursday, March 28, 2013

mulut dan hati itu lain II





aku tidak erti berbicara manis
namun tidak hilang makna cinta dan sayang aku pada mu
hati aku masih tulus mengharapkan ukhwah itu akan terjalin
bukan atas sebab awak atau bukan atas sebab aku
biar ia terjalin atas jalan yang diredhai-NYA


Tuesday, March 26, 2013

Satu Pelayaran sahaja



satu perlayaran yang terhenti
di tengah-tengah lautan bertemankan
pukulan ombak yang membawa perahu jauh
tidak diketahui arah dan jugak tujuan
terkapai-kapai meminta bantuan
mengharapkan malam tidak hadir.

ah,bodohnya aku.
mengharapkan sesuatu yang pasti itu 
supaya ditangguhkan demi kepetingan aku
malam terus menutup tirai sang cahaya


kepastian adalah sesuatu tidak dapat ditangguhkan
mahupun dipercepatkan.tapi ia akan pasti berlalu tanpa berbicara.

leka dan lalai punca terkapai!

aku ingin berLayar.-layar disana
selamat tinggal semua.

Saturday, March 23, 2013

archer-ing bukan easy


memanah bukan satu perkara yang mudah.tidak pernah menjadi suatu yang senang sehingga hari ini.tapi aku percaya alah bisa tegal biasa.tapi rasa ingin terus belajar skil memanah tidak pernah luntur dari jiwa aku.aku hanya terasa inilah masa yang paling sesuai aku mengambil tahu tentang skill ini.

baru sebulan aku asyik dengan skill ini.hanya yang belajar sahaja tahu keperitannya.tp bukan yang semua merasakan seperti aku.benar, dalam dunia ini tiada perkara yang mudah.dan memanah memerlukan kesabaran yang tinggi dan keazaman yang kental.

"ko leadership grup brape ek?"
"aku x amik leadership"
"owh, amik skill ek, amik ape"
"hehe,archery"
"wow!bst giler"

macam tue lah persoalan dan respon aku terima hampir sebulan ini.best utuk telinga mendengar,best untuk mulut berkata.tapi best giler2 kalau dapat shoot ditarget kuning. nmpak sahaja seperti seronok.tapi nak pasang bow string sahaja dah berpeluh macam lari 200 meter..setakat pasang tak pe lagi,ini x kene amik ukuran lar pulak lepas pasang.kalau ukuran terlebih @ terkurang,hmmm,terpaksalah kene buka balik pasng balik ukur balik..kalau masih tak ngan kene buat bende sama berkali2.letih bro.kesian kawan2 seskill yg bow tue lebih besar dari diorang.merana kot nak pasang bow string.

pasang bow string tue kira benda paling basic r.macam dalam memasak kari bende paling basic kene ade adelah DAUN LIMAU PURUT..haha (bukan ak cakap,kawan aku yang cakap)..haha-jangan marah ek awak.main2 je.

perkara kedua yang paling susah bagi aku adalah anchoring.anchoring bahasa kampung aku.bahasa standard nya persediaan sebelum memanah..lebih kurang macam tulah..Allah,kat part yang ni lah..berketar satu badan.macam .......... ,emm tak taw nak describe mcm mana.tangan nie x berhenti berketar.susah gler nak fokus kat target.kadang boleh tersasar kene target orang sebelah..hehe.rase macam berat giler nak tarik bow string..moment paling bahaya,moment nk releasekan arrow.klau x set elok2 arrow tue boleh melantun kene diri sendiri.tp yang jarang berlaku lar..sepanjang aku belajar nie baru sekali lah tgk incident mcm nie.tapi yang selalu berlaku.klau salah posisi tangan dan kaki.bow string akan memukul lengan anda.bila sudah dipukul maka bersedialah untuk menjerit..sakit gila bro.sebelum2 nie member2 aku je kene.tapi bila ari ni terkena diri sendiri baru tahu apa perasaan kawan2 aku selama ini.sakit yang teramat.naik bengkak as soon as kena bow string. siap ada tanda kot untuk dijadikan sebagai kenangan.biru lengan kot.macam kene gigit...hehe
tapi seriusly aku cakap.kalu korunk nak belajar skill nie..ketahanan fizikal and mental kene kuat.mesti kene ada semangat yang jitu.kelas teori sungguh x menyeronokkan tapi sangat bermakna kalau kamu nak jadi archer yang berjaya.you will learning the law in archery.kelas practicalnya tidak pernah memuaskan kerana satu bow dikongsi 4.hanya mampu shoot 6-9 arrow je selama 1 jam 30 minit.TAPI..ala kulli hal ia suatu yang menyeronokkan.korunk kena try dulu baru dapat feel keseronokn.
kene tunggu lagi 2 minggu baru dapat pegang bow

jom memanah!



Sunday, March 17, 2013

Redha



jika Engkau ingin memberi 
tiada siapa yang mampu menghalangnya.

tapi jika Engkau terlebih dahulu menghalang
tiada siapa yang mampu memberinya

Allah maha memberi
Allah maha menghalang

dan Dia al-qahhar.


Saturday, March 16, 2013

+ - = ?



mencari cahaya di kala bergelap di dalam terowong bukan mudah
begitu juga mencari sahabat dalam kalangan kawan bukan senang.

hampir kadang2 kita tertipu diri sendiri
menganggap dia yang terbaik kepada kita

tapi si dia tidak pernah melihat kita sebagai seorang yang hampir padanya
sedih !
tapi lebih sedih apabila kita dapat merasaknnya

hati manusia semuanya lain2
kerana jika sama tiada daya tarikan.

magnet akan bertembung jika dua kutub berlainan
(?)

Sunday, March 10, 2013

mulut dan hati itu lain.







ukhwah itu bukan sesuatu umtuk diperkatakan
tetapi
ukhwah itu satu perasaan yang patut dirasai


~~berhenti lah berbohong~~
-fajarina ali-
20130310



Sunday, March 3, 2013

Masih Ada Yang Sayang




tuhan kita memang benar2 sayangkan kita...
betul !..aku x menipu dalam bab2 macam nie..
lagipun agama aku,bukan setakat agama aku je
agama semua orang lah x ajar kita menipu
tapi kita yang x penah ikut ajaran agama 
lepas tue claim diri kita dah cukup baik..
x malu kah??

cermin diri bro!

kalau Tuhan x sayang kita
dah lama dia tarik nyawa kita tika kita lalai bermaksiat
dah lama kita diseksa dlam kubur
dan dah lama kita sudah menjadi penghuni jahanam

tapi Allah Maha RAhim
Dia masih memberi aku kau dan mereka
untuk menyedut oksigennya
masih diberi peluang meminta dan memberi kemaafan antara ciptaan-nya
yang paling utama Dia masih memberi peluang untuk kita bertaubat
dan kembali ke pangkal jalan.

mungkin kita masih diberi peluang untuk menjadi penghuni syurga (?)
mungkin diberi peluang menjadi antara yang tidak dihisab (?)

qul aamiin...

malangnya masih tiada kesedaran
leka dan seronok dengan hasutan yg di laknat..

Saturday, March 2, 2013

sentuhan ibu.



lesu badan,
tekak kering.denyutan di dahi semakin berdenyut.
kepeningan sangat melanda.
bangun pagi menjadi masalah
tidur malam ganggu oleh kesakitan kepala.
hilang kelenaan.baru sedar
kelenaan jugak satu nikmat dari ilahi

hampir lima hari merana bersendirian
tidak tahu apa sebabnya.
mungkin kerana melawan law of nature.
baru sedar kesakitan itu hanya milik kita
tidak mungkin yang lain akan merasai.
tapi....
kegembiraan itu milik semua.
indahnya percaturan DIA

yang pahit biar disimpan
yang manis biar dikongsi.
biar bermanfaat untuk semua.



kasih ibu tidak pernah pudar
lebih2 lagi kasihnya pada anak kesayangan...:)

hargai-lah segalanya selagi kita masih  bernyawa,,



Saturday, February 23, 2013

lone ranger



keliru.
bukan pada saat ini terdetik kekeliruan ini.
sudah lama.tapi tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan.
sudah terlalu lama.sehinggakan kekeliruan ini telah menjadi sesuatu yang kebiasaan
alah bisa tegal biasa.

sekali sekali ia datang mengganggu ruang hati.
pada tika itu kerunsingan yg sangat melanda
mata masih terbeliak telinga masih mendengar
tetapi akal dipandu jauh.

ah.aku kembali keliru.
tidak tahu dimana penghujungnya
bahkan permulaannya jugak aku tidak mengetahui.
mana mampu untuk mencari ubat penyembuh.
lelah aku dironda oleh kekeliruan

ntah mengapa perasaan itu terus dan menerus memburu aku
terasa seperti ingin membawa diri
letih menjadi buruan kekeliruan
tiada siapa yang mampu memahami
kerna aku sendiri tidak dapat memahami.

berjalan bersendirian dikala gelap terasa ada nikmat ketenangan
bahaya tidak berbau.hanya mengharapkan perlindungan dari Maha pelindung.
menghirup teh pudina panas di tempat hujung sekali.
sekali sekala mata mencuri2 melihat gelagat manusia sekelilingi
seronoknya mereka.gelak ketawa bersama
sedangkan aku masih berperang dengan kekeliruan.

bersendirian dan membekukan kekeliruan terus didalam diri
bukan satu jalan penyelesaian
ia hanya memudaratkan seseorang.

senyum bukan tanda gembira
menangis bukan tanda sedih
  
i am the lone ranger



Saturday, February 16, 2013

persoalan yang tidak terjawab




aku seronok melihat empat ekor burung merpati yang sibuk berkongsi makanan antara mereka
dicuit sedikit demi sedikit tp keempat2 mereka saling berkongsi.
tiada yang merampas semuanya dan terus menghilangkan diri.
sudah hampir 3 minit..mereka masih sibuk menghabiskan kepingan roti itu.
aku jua sudah 3 minit melihat mereka sambil menanti match untuk bermula.

aku tidak sedar yang terlalu asyik perhatikan mereka
sehingga rakan2 aku sudah lama memanggil nama aku untuk masih gelanggang
aku disapa oleh seorang ukhti "dik,diorg panggil tue"
eh baru aku tersedar.berlari2 aku ke sana untuk bersama mereka.

tye salah seorang : 

apa yng ko buat td??
x de wei aku tgk burung tue makan jer..
ak nmpak wei.aku dok sebelah ko pun ,ko x tegur.ak pwn malas nk tegus tgk muka ko mcm x ok jer
hahaha..aku oaky je lah..bila masa aku xpenah ok haha??
x delah.mana lah aku taw.ko pwn tgh khusyuk tgk burung tue...
haha..(senyum dlam 4 saat)..burung tue pun pdi berkongsi ek.
semua orang pdi kongsi.ko je yg x reti..haha
wei....xbaik ckap aku mcm tue.kiranya aku lagi teruk lah dri burung nie...
x delah aku main2 jelah...
wei aku nk tye nie...kenapa ek td mase burung gagak tue datang..yang merpatis tu sume lari ??
klu ikut logik...gagak jahat.tp apa yang orang pernah menganologikn kat aku,merpati ini ibarat orang yang nak memperbaiki diri gagak ini seperti orang merasakn diri dia hebat.
mana mungkin merpati nak bersama gagak??
dah tu kalu ngan burung pipit???(
ak tye innocently)
x pelah jar..ko masih mentah lagi..lama2 ko faham r....jom warming up...

aku x delah x faham.tapi aku mcm terkedu kenapa diberikn analogi itu pada aku.
mungkin secara kebetulan incident ini berlaku.tp ada sesuatu yang sahabat aku itu ingin smpaikan.
barangkali mungkin ada gangguan keatas aku menyebabkn komunikasi itu tidak berkesan.
tp apa yang aku mampu tafsir,mungkin itu bukan pentafsiran yang di ertikan.

gagak kah aku??



Monday, February 11, 2013

aku masih muda..

setiap yang bermula pasti ada hujungnya.setiap yang hidup pasti akan mati.setiap yang tua itu pasti pernah muda  tetapi setiap yang muda belum tentu lagi ada peluang untuk menjadi tua. menjadi tua itu satu anugerah.bukan semua yang muda cakna dengan erti kehidupan sebenar.budaya ikut-mengikut budaya dan gaya hidup kuning biru merah pink dan sewaktu dengannya adalah maksud kehidupan bagi sesetengah remaja kini."kalau bukan sekarang nak enjoy bila lagi nak feel the life " ayat biasa yang dilontarkan oleh remaja yang haus dengan kenikmatan dunia. "  ala tua nanti x boleh wat mcm nie..now the time bro! we r still young"..lagi ayat muda mudi zaman aku..so bagi yang berpendapat begitu,usia tua itu adalah hadiah bagi mereka.satu tempoh untuk memperbaiki diri mereka.tidak pernah merasakan yang mereka sudah terlambat kerana tidak pernah merasa panggilan ilahi mendekati mereka.aku jugak seorang remaja pada ini.so take note lah,aku pun seperti mereka di luar sana...bila sudah sakit bertongkat terbaring baru terasa dunia ini bukan destinasi sebenar..ketika  saat aku menaip aku sedar dunia ini bukan destinasi aku..tapi siapa tahu apa yang aku akan lakukan sebaik sahaja aku publish post ini..hanya post ini yg akan terbuku di sebalik UKH...tapi aku?????.....hanya pemilik nyawa aku sahaja akan tahu apa yang akan aku buat sebentar lagi.

*****
pengorbanan sesuatu yang amat penting sebagai kehidupan seorang hamba Allah..kita tidak boleh nak tamak-kan semua benda.ada yang kita patut korbankan untuk mendapatkan yang lain.memang berat untuk kita pengorbankan perasaan mahupun nafsu kita.itulah cabaran yang paling sulit bagi setiap insan.ingin kan kebahagiaan di akhirat, keseronokkan dunia wajib dikorbankan.mungkin konteks dunia dan akhirat sesuatu yang besar.as a simple example...hati kita kena bersih dari cinta monyet jika mahu cinta hakiki itu memenuhi setiap ruangan di hati kita. tak faham?? tidak mengapa..ini apa yang dikatakan oleh seorang sahabat aku.cinta monyet hanya akan terus memakan sedikit demi sedikit perasaan kasih sayang kita terhadap orang lain.kita merasakan dialah yang satu dalam kehidupan kita.tiada yang lain yang lain mendapat cinta aku selain daripada dia.secara tidak langsung kita akan mengambil berat hanya tentang dia dan menyisihkan yang lain.kita tidak merasakan apa yang kelainan tetapi mereka yang sekeliling kita merasainya.layanan kita keatas mereka akan berubah.kita hanya menjaga perasaan dan hati si dia sahaja.itu cinta monyet.

tapi kalau dalam kita ada cinta pada Allah dan rasulNya...melimpah2 rasa cinta kita terhadap makhlukNya.terasa diri ini dicipta untuk bercinta.aku tidak erti lagi bagaimana hendak meng-elobratekan keindahan hidup jika hati kita dipenuhi dengan rasa cinta kepada Allah dan kekasihNya. sangat indah ! sangat indah ! sangat indah !..itu sahaja yang aku mampu bagi tahu..

begitu indah kehidupan mereka hanya meletakkan paksi kehidupan mereka untuk merebut keredhaan ilahi dan syafaat rasulNya.aku??jauh ketinggalan. belum tentu lagi sudah mula merangkak mengikuti jalan kehidupan yang sangat indah..aku masih terpesona dengan perhiasan dunia.keseronokan dunia.ah! soal dosa tidak pernah singgah di akal fikiran aku.apa yang aku tahu aku masih muda dan perjalanan hidup aku masih jauh....soal usia sentiasa membohongi kita..cetek pemikiran when kita cakap mati hanya untuk yang tua..dan tua nanti kita bertaubatlah....hmmm..sedih bila memikirkan keadaan diri sendiri yang masih leka...seperti aku dah cakap awal tadi..semasa aku menaip post ini aku sedar mati itu tiak mengenal usia.tapi sebaik sahaja aku publish...ntah apa yang akan aku lakukan......:(..hmm...

sedang aku terkapai-kapai di tengah laut biru
mengharapkan seseorang akan hadir
memberi kehidupan baru pada aku
atau akan aku terus lemas dalam laut ini






Friday, February 1, 2013

keyakinan yang patah


kata orang : target biar tinggi nanti kalau jatuh pown akan jatuh skit jer...

kata aku : lebih baik kita target rendah..sbb kalau kita tinggi skit dari apa yang di target sudah menyenangkan hati..
kalau kita target tinggi mungkin jugak kalau jatuh bukan sedikit tp gedebuk gitew.kecewa hati. rasa macam nak salahkan semua orang.rasa macam kerena dia result kita jatuh.x pernah rasa nak salahkan diri sendiri.ini namanya orang jahil murakab..
result aku kuar ari nie...aku tidak pernah target tinggi pown pada mana2 subjek.pendek kata aku x pernah ada kayu ukur untuk mana result..biasanya aku akan redha sahaja dengan apa sahaja result aku.sbb aku aku tahu setakat itulah usaha aku.dan aku tahu bagaiman performance aku ketika menjawab exam.kalau aku dapat A itu rezeki dri tuhan.kalu aku dapat B setakat itulah usaha.mungkin aku perlu gamdakan usaha aku lain kali.

tapi aku pernah put high expectation atas satu core course aku..ILS 2.bagi aku subjek amat mudah.amat menarik dan segalanya amat menyeronokkan.nak kata hampir setiap pagi sebelum ke kelas itu aku akan membaca buku nota aku dahulu..sbb aku rse subjek best sgt dan x pernah boring.content die sume menarik.sehingga lah ke hari final aku merasakan exam yang paling senang ialah kertas ILS2..keluar dewan peperiksaan rasa lega jer...rasa macam boleh jawab semua jer...maka pada saat itu aku yakin aku boleh tackle A subjek nie..tak A, A- pwn jadi lah....confident aku keatas ILS 2 makin memuncak ketika slip keputusan keluar tetapi keputusan subjek nie dan cgpa masih tidak kelihatan.aku terus meyakinkan diri sendiri "result ils confirm a-..naik skit pointer aku...".....yakin pye yakin sehingga akhirnya keyakinan makan tuan-nya. bukan a bukan a- bukan b+ bukan b tapi b-.......sedih gua.dah lah pointer rendah tmbah dengan ils 2 jd lagi rendah...huhu..
rasa mcm nak buat sesuatu jer....tp x tahu nak buat apa..kata orang jgn ukur ilmu pada pointer.bagi aku pointer sangat penting dan bernilai..
being too confident is harm.
prepare to accept the worse.

ps: sem depan nak belajar elok2..nak fokus. xnak tidor.
nak buat nota ontime.nak sentiasa ber murajaah.

jom?

Thursday, January 31, 2013

Nota Hati Anak Mu

"jangan harap nak bau syurga kalau dengan ibu bapa tidak pernah taat"...aku terbaca frasa ini di sebuah buku.maka tercetus di dalam hati aku untuk menulis di hamparan ini.

aku anak kedua dari 5 orang adik beradik.tapi..aku sulung perempuan.so, aku kene tunjukkan akhlak yang baik sahsiah yang baik tingkah laku yang baik segalanya yang baik kerana aku akan menjadi ikutan adik-adik aku yang lain.walau diri ini belum cukup baik tapi dari hari ke hari aku cuba membaiki diri yang hina ini.akan aku terus memperbaiki diri aku sambil memperbetulkan yang lain.

ketika aku membaca frasa tersebut aku terbayang raut wajah ibu dan ayah aku.aku lagi selesa memanggil mereka dengan panggilan amma dan atta.dan ketika menulis di helaian ini terlakar kedua2 wajah mereka di bayangan aku.aku tidak tahu atas sebab apa aku menulis nota nie.

aku bertuah kerana mendapat dia sebagai ibu aku.dan akan bertuah juga siapa yang bakal menjadi menantunya.. :).betol gua x tipu.

seperti biasa ibu aku akan mengejut kami semua untuk sembahyang subuh.pintu bilik serta nama dipanggil nama berkali-kali sehingga ada suara yang menyahut kembali. 'aaaaaa /Hmmmm sudah cukup baginya untuk diberi isyarat yang aku sudah sedar.maka terus ibu aku berkata " solat dulu lepas tue nak tido..tido lar"..tapak kakinya akan menghilang dari pintu bilik aku.hampir setiap hari itulah rutin pagi ibu ku.tidak pernah jemu mengejutkan kami walau kami semua sudah baligh.seusai sembahyang akan aku jenguk si dia tanpa pengetahuan dia.hanya untuk melihat apa yang ibu ku sedang lakukan.kadang2 di sibuk di dapur kadang dia sibuk menyiapkan adik aku ke tadika.kadang-kadang ibu aku akan meminta aku menyediakn sarapan untuk semua kebiasaanya di hari sabtu atau ahad.kerana pada hari itulah aku pulang bermalam..tetapi tiap kali pada akhir ayatnya dia akan sertakan "..................tapi kalau mengantuk pergilah tidur"...aku terharu.bukan kerana aku ada alasan supaya tidak perlu menyediakan sarapan aku terharu kerana ibuku terasa seprti dia membebani aku di waktu dia meminta pertolongan dari aku.

wahai ibu...permintaan mu tidak pernah membebani aku.jauh disudut hati aku,aku berasa megah dan bangga kerana dapat menyediakan sarapan untuk ayah dan ibu..tapi hanya beberapa kali sahaja aku berpeluang untuk berbangga..pada waktu selebihnya engkau yang mengembirakan hati kami.di kala kami turun bawah setelah menyiapkan diri makanan untuk kami sedia terhidang di bawah tudung saji. terima kasih ibu.

engkau juga menanamkan sikap berlaku adil dalam diri aku.kerana engkau terlebih dahulu berlaku adil keatas kami.

aku seorang pelajar yang tinggal diasrama.hanya pada hujung minggu sahaja aku pulang bermalam tapi kadang aku tidak pulang langsung.kerana sibuk dengan persatuan.satu sikap ibuku,dia akan memberi yang sama pada semua anaknya.jika hari ini dia membelikan pizza, kfc,mc donald atau apa2 yang sewaktunya di mana aku tiada dirumah.apabila aku pulang bermalam aku akan di retreat kembali.itulah sikap ibu aku.bukan untuk aku sahaja begitu malah abang aku akan pulang ke rumah setahun sekali dan ibuku akan retreat abang aku apa yang telah kami lakukan tanpa kehadirannya.itulah ibu aku. yang sentiasa berlaku adil..ayat biasa ibu aku ".......kita makan kfc ek malam nie ari tu kita semua makan...abang ko x de,ari nie semua ad boleh semua merasa...." oleh sebab ibu aku bersifat begitu , apabila aku kuar jalan2 dengan kawan2 kami makan kfc atau sewaktu dengannya aku rasa bersalah kerana keseronokan itu hanya aku sendiri merasai.tapi nak buat macam mana.. :(

jarak asrama dan rumah aku hanya 10 minit.di kala ibu ku memasak makanan yang menjadi kegemaran aku akan dia menelefon aku dan mengajak aku menjamu tengah hari di rumah.aku tidak mampu mengira berapa kali dia pernah mengajak aku.tapi aku mampu mengira berapa kali aku pernah terima ajakannya..hanya 3 kali sahaja sepanjang 4 bulan aku di hostel..wahai ibu...bukan aku mahu memenuhi ajakan mu.tetapi aku terlalu mementingkan diri sendiri. maafkan aku.

pernah ibu aku menyuruh aku belajar memasak. tapi sehingga hari ni aku masih tidak pelajarinya secara formal.aku hanya akan membantu dia untuk menyediakan bahan2 masakan.itu pun bukan selalu.jarang2 sekali.memandangkn banyak masa aku hilang melakukan perkara2 yang tidak berfaedah..bukan aku tidak mahu belajar tapi....aku takut di saat aku sudah erti memasak engkau akan menyuruh aku memasak.maka bilakah waktunya kagi kami adik beradik ingin merasakan masakan air tangan mu wahai ibu?..hidup ini singkat.biar engkau sahaja yang memasak untuk kami kerana bagi aku itu bukti engkau masih kuat dan sihat.aku hanya melihat dari jauh tingkah laku mu di dapur.

orang kata ceritalah masalah kamu kepaa ibu bapa kamu.tapi aku tidak pernah melakukan itu.bagi aku aku tidak mahu ibu bapa aku sedih mendengar masalah aku.yang paling utama skunk nie..sehingga ke saat ini aku tiada masalah besar yang memerlukan bantuan orang ketiga.dan aku tidak mahu mencari masalah.aku tidak mahu menyusahkan hati ibu bapa aku. biarlah aku hanya menceritakan cerita yang mencuit hati mereka dan berita yang menggembirakan hati mereka.biar lah selagi nyawa masih bertakhta di diri ini aku mampu menggembirakan mereka.

tapi dalam hidup aku nie aku tidak dapat menggembirakan hati ibu ku dalam satu perkara.aku sedih sebenarnya bila tiba masa itu.keputusan lah apa yang aku maksudkan.keputusan exam aku dari dahulu tidak pernah menggembirakan hatinya.walau engkau tidak menzahirkanya aku dapt melihatnya melalui sepasang mata mu.tiap kali selepas exam aku akan terus menelefon ibuku bukan kerana apa..cuma aku terbayang wajahnya ketika aku nak memulakan menjawab exam.dikala soalan exam susah aku akan berasa sangat sedih bukan sebab aku tak dapat jawab dengan elok tp kerana aku sudah tahu aku tidak mampu menggembirakan ibuku dengan keputusan yang bakal keluar.maaf wahai ibuku...aku tidak tahu mengapa begitu.mungkin itu adalah salah satu kelemahan aku.tapi akan aku terus berusaha dengan harapan satu hari nanti aku mampu menggembirakan engkau.tapi jika tidak terimalah anak mu ini dengan seadanya.

tiap kali aku mencium tangan mu dikala aku keluar rumah..terlintas dihati aku "maaf kan aku.mungkin aku tidak kembali ke rumah selepas ini"..aku tidak pernah berani menzahirkan kata2 itu kerana engkau telah lama menghalang kami berbual2 tentang kematian walaupun engkau sendiri pernah mengatakan mati itu pasti..hati engkau sangat lembut.engkau juga mengajar aku berdikari.mengajar aku supaya menjadi berdisiplin engkau juga mengajar aku erti kehidupan luar.apabila aku silap engkau tegur apabila aku lalai engkau memarahi aku.dan itu lah yang paling aku menyukai.aku dapat merasakan kasih sayang mu supaya anak mu tidak terus hanyut dalam dunianya sendiri.

ayah dan ibu...entum yang memberikan kehidupan pada kami .entum yang memberikan pendidikan pada kami. entum yang mendidik kami. entum yang mencorakkan kami dengan corak yang indah.tapi kami yang tidak mengambil peluang itu.maafkan kami...

andai kata aku pergi dahulu sebelum kamu berdua.dan biarlah begitu kerana aku tidak mampu melihat adik2 aku yang lain hidup yang kamu berdua dan aku juga tidak tahu apa nasib aku tanpa kamu berdua disisi aku.
maafkan dosa anak mu ini.terlalu banyak salah dan silap aku sepanjang perjalanan hidup aku.maafkanlah aku.

fajrin
8.50pm
30/1/2013



Monday, January 28, 2013

Aiman




Mr Mat berlari-lari anak ke surau untuk melaungkan azan subuh.
setibanya Mr Mat di surau,beliau terus mengampiri mic dan menge-on-kannya.
azan berkumandang dengan beitu jelas dan kuat.
sudah pasti yang sedang bermimpi enak tue akan terhenti.

sebelum mendengar azan je cik na akan bangun
sbb cik na malu.dia akan berusahakan utnuk membuka mata sebelum suaminya
dia malu kalau suaminya sudah tersedar tp dia masih enak dalam tidor..
suami cik na bila dengar azan je terus bangun bersiap untuk berjemaah.

macam biasa kerja cik na mengejutkan anak-anaknya.
setiap bilik diketuk dan diseru nama sehingga seruan itu disambut.
tp sampai di bilik salah seorang anaknya yang sangat degil nakal tp baik
cari cik na mengejutkan anak itu sedikit special.
macam biasa pintu diketuk nama diseru tp tiada yang menyahut.
tombol pintu dipulas pintu ditolak..
lagi sekali dikejutkan secara elok..
eiiii..degil btol bdak nie :kata cik na..
hanger dicapai..di pukul dibetis.
anak itu hanya menarik selimut.

cik na tahu anak dia penakut sedikit...
maka cik na pown berteriak...
"man, mama nampak syaitan mata satu telinga empat kat sebelah ko.dia tengah tarik bulu mata ko"
"mama! mana mama mana? man x nmpak ape2 pown."
bangun terus anak cik na yang nakal tue.
"yes anak mama menang,syaitan kalah..dah2 gi smayang subuh"

maka semua anaknya beserta suaminya dan cik na sedang menunggu
giliran ke tandas.masing2 tersengguk2 diatas sofa menanti kucing mereka
toomy menunaikan segala hajatnya..

**jgn latih kucing membuang ditandas kalau tandas dirumah ada satu jer....


TERTIPU (?)




Dunia ini menipu...
kemanisan dihidangkan dahulu...
sudah pasti kepahitan akan menyusul...
berzaman-zaman berusaha mencari si manis...
hanya sekelip mata si pahit datang menaiki takhta.
tidak pernah dijemput mahupun diusahakan.



bisikan syaitan sentiasa indah.
maka tidak hairan si dia berputus asa
membina kebahagiaan baharu
dengan kembali ke pangkal jalan.


dunia hanya satu permulaan yang pasti ade akhirnya.


Wednesday, January 23, 2013

bahebbek.








kelihatan seperti daun oren telah kehabisan......

yang tinggal hanya daun hijau..
terlalu banyak note di ats daun hijau...

sehinggakan...



hanya tinggal secebis kertas A4 utk di tulis sebagai note.
WOHA!..

moral of stories : jgn bazir kan kertas...

ps :  
  1. aku pelik kenapa terlalu banyak terima kasih kepada wal hal satu bnde pwn ak x buat.
  2. sepatutnya aku yang patut ckap thanks kat kau.
  3. aku tahu aku banyak menyusahkan ko.
  4. aku tahu aku banyak menyakiti ko (terkena cincin-lah jam-lah kuku-lah dan mcm2 lagi secara sengaja dan tidak sengaja)
  5. aku tahu sbb aku ko berlapar semalaman.terpaksa bakar cookies pagi2.
  6. aku yakin sebab aku menghosbu bilik ko terpaksa kau tidur dengan kurang keselesaan
  7. ade lagi nie nak bagi tahu.....baca nombor 8
  8. bunyi bising dari cmpartment aku menyebabkan ko x ley fokus.
  9. bunyi alarm aku pwn mesti menggangu kau kn?...
  10. aku memang meyusahkan orang kan??
  11. ana wahash....(dh sebati ngan aku..x ley nk ubah..huhu.akn aku usahakn jugak..)
  • SORRY WEI.aku bnyak menyusahkan kau..sorry ek.:(

  • THANKX atas semua ketolak ansuran kau.
  • thankx sebab selau teman gi aminah
  • thanx sbb bagi pinjam huruf arabic keyboard
  • thankx sbb urut aku
  • thankx sbb mengejutkan aku.
  • thankx sbb mengajar aku
  • thankx sbb belanja aku tempe
  • thankx sbb buatkn aku cookies
  • thankx sbb antar barang spi ke rumah..(kain rida' buku n getah rmbut.)ak masih x tahu kenapa..
  • thankx untuk segalanya troughout the sem..
aku x ad daun nak bagi note kat kau.tapi aku ad UKH..untuk menzahirkan penghargaan aku kepada kau.
  • TERIMA KASIH DAUN KELADI. :)


    maaf kerana lambat menzahirkan penghargaan.ada sedikit masalah teknikal yang terpaksa diharungi.



terima kasih :)

pasti ke tak?



dalam kehidupan aku ada banyak perkara yang belum pasti akan berlaku.tp ade satu yang benar2 pasti akan berlaku keatas aku..apakah dia???? kahwin lah...haha...

bukan kahwin sebenarnya ada yang lain.akan aku list kan perkara yang kebarangkalian akan terjadi atau mungkin tidak akan terjadi..

pendidikan :
mungkin aku akan ke Phd.dan munkin jugak tahun kedua degree x ley sambung.huhu

kekayaan :
mungkin satu hari nanti aku seorang jutawan.munkin jugak aku seorang yang terpaksa bergantung atas simpati orang.

pangkat :
 mungkin aku seorang ceo nanti.tp mungkin jugak sebagai pembantu rumah.

tapi bende yang x pasti nie lar aku selalu memikirkan.mengejar sentiasa mengejar sehingga alpa dengan tujuan hidup.

yang benar2 pasti akan berlaku atas diri ku makin samar dari ingatan aku.terasa seperti harta wanita dan takhta syurga yang sebenarnya.wang ringgit mengaburi mata.takhta menutup pintu hati.riak dan takbur melimpah ruah...sehingga tidak sedar MATI bakal menjelma.seksa kubur akan diperlihatkan sendiri.pada saat itu tidak ada lagi pintu taubat yang dibuka.

maka rugilah kehidupan aku di atas dunia yang fana.sudah jelas MATI itu pasti.tidak mungkin ada kemungkinan..

tujuan sebenar : hidup disini adalah untuk bahagia disana.

maka hiduplah dengan kehidupan yang mampu membahagiakan aku kau dan mereka.

  aku lahir sebagai seorang muslim.biar aku mati sebagai seorang mukmin




Tuesday, January 22, 2013

al-hadi


bila dah merasa akan tahu kemanisan
lambat atau sari' bukan persoalan
rahmat tuhan tidak pernah lari
yang yakin akan merasai-nya walau dari sudut mana.

sikit demi sedikit.
kian jelas kesannya
keinginan sudah meloncat tinggi.
azam diperbaharui tiap hari.

hanya bait2 memuji kekasih-Mu
telah membuka pintu hati peneman hidupku,
Moga Engkau terus memberi kekuatan kepadanya
agar tidak terhanyut dengan hasutan syaitan

aku yakin setiap insan ade titik permulaan
Ya Rabbi aku meminta pada Mu
jadikan lah ia sebagai titik permulaan bagi kami semua.
keampunan-Mu sentiasa kami harapkan.
keredhaan-Mu tujuan hidup kami.


ALLAHUMMARZUQNA ISTIQOMAH.

~SOLLU ALAL MUKHTAR~


MENGHADIRKAN DIRI KE MASJID, MAJLIS ILMU ,SELAWAT,MAULID,ZIKIR DAN SOLAT JEMAAH HANYA UTK TERPILIH.
MOGA AKU KAU DAN MEREKA ANTARA YANG TERPILIH
MOGA SENTIASA DIBERI PELUANG DAN KELAPANGAN,



Friday, January 4, 2013

412013-aku menangis lagi




benar kata tuhan aku
rezeki aku ada pada tangannya

benar juga kata tuhan aku
mintalah pada dia
Dia Maha Pemberi

benar jugak kata tuhan aku
berusahalah dahulu
kemudian berserahlah kepada dia

hanya disyaratkan keyakinan
maka aku yakin tuhan aku 
membantu aku.

percaya lah tuhan aku Maha Pemurah Maha Pemberi Maha Mendengar


aku pasti ia adalah ujian dalam nikmat