pagi tadi semasa duduk didalam saf menanti solat sunat didirikan.
datang seorang muda bersama seorang yang sangat tua disebelahnya.
duduk di saf hadapan aku.pada awalnya aku tiada ape2 feel pown.
macam bese aku terus menyahut takbir.
imam mula bagi sidikit peringatan,cara2 menunaikan solat sunat eiduladha.
masing2 mula memakai kain telekong.ade yang hanya menyarung stokin.
semua mula berdiri dan mencari barisan hadapan.aku hanya stay disitu.
kini tiba giliran seorang yang tua itu berdiri
munkin disebelahnya itu cucu nya.
memegang tangan dn membantu neneknya bangun
aku terdengar sindiran manja cucunya "dah tak larat bangun ker?hehe"
aku sengih.dalam hati mula teringat kepada seseorang.
"ko nie"sambil tangan nya mencubit cucunya.
comelnya gurauan itu..
solat telah didirikan,khutbah telah selesai.
tibalah masa bersalam-salaman.
aku mencari-cari kasut kegemaran aku.
kelihatan pasangan comel itu masih di hadapan aku.
aku pown mengatur langkah pulang ke rumah.
jalan kami untuk pulang adalah sama..
aku masih mengekori mereka
samapi satu ketika,si nenek itu menarik kain telekung cucunya
"nape"?
"pegang tangan lah,nak lintas"
pada saat nie lagi aku teringat pada dua orang.
hati aku terus sebak.
hati aku terus sebak.
air mata bertakung.
(kalau mengalir malu lar kt orang sebelah aku)
aku teringat kepada kedua atuk dan nenek aku.
aku sedih tidak dapat beraya bersama mereka.
mereka hanya bersendirian.masak sendiri makan sendiri.
kalau lah aku kini berada di penang.sudah tentu atok aku membawa aku sembahyang di masjid kapitan
menaiki sebuah teksi.tangan aku akan dipimpin sehingga aku masok kedalam ruangan wanita
setelah selesai solat.dia akan tunggu aku,memimpin tangan aku sehingga kami kembali ke teksi itu.
baru dengar engine kereta dibwah.nenek aku dah siap buka pintu rumah.
makan terhidang diatas meja.kadang2 disuapkan oleh nenek aku.
tetiba pagi ini terasa sangat rindu pada mereka.
moga rindu ini akan terubat secepat mungkin.
##pagi tadi jugak teringat ktabang gua.kebiasaanya dia dan adik aku akan tunggu aku n adik dia dibawah pokok "itu".kali ini hanya adek aku sahaja disitu.
No comments:
Post a Comment