apa khabar semua??,moga2 sentiasa dlam rahmat ilahi...
ana terasa nak tulis blog ai nie,sbb td ana menonton soal Ashraf jam 7.30 td,di mana ade satu part tue IM ashraf cakap pasal adab2 dgn ibubapa...
katanya,remaja zaman sekarang tiada langsung rasa hormat terhadap kedua org tuanya(bkan semua,tp segelintir sahaja,namun bilangan segelintir ini dari hari ke hari makin makin bertambah)..
kenapa ek kebanyakkan anak muda zaman sekarang makin cetek budi bahasa mereka?,klu dgn ibu bapa pown mereka sanggup berkurang ajar,apatah lagi dengan masyarakat luar yg tiada langsung kaitan pertalian darah diantara mereka...sbb tue sekarang nie masalah sosial menjadi semakin maju bak cendawan tumbuh selepas hujan...
benar,dlam dunia ini ade parents yg garang-baik-tegas,mungkin perwatakan parents kita berlainan ngan parents org lain...TETAPI keinginan mereka adalah sama...mereka inginkan anak2 mereka menjadi seorang yg berguna satu hari nanti...ibu mana yg sanggup melihat anak mereka menderita satu nanti?,ibu mana sanggup melihat cucunya hidup merempat?,ibu mana sanggup melihat anaknya menjadi buruh binaan?...
mereka merotan anak2 mereka bukan kerana kebencian,mereka memarahi anak2 mereka bukan kebencian...tetapi KERANA kesayangan,kecintaan mereka kepada anak2 mereka....mereka takot,gentar,cuak anak mereka membesar dengan cara yg salah..mereka sentiasa menasihati anak2 kerana mereka sayang..mereka tidak ingin melihat anak2 mereka terus leka dn lalai dgn permainan dunia....
salah satu diantara dosa besar adalah,derhaka kepada kedua ibubapa....DERHAKA??org kta derhaka nie mcm pkul mak ayah,menipu tue lr derhaka..tp sebenarnya,... apakah erti sebenar DERHAKA??menurut kamus dewan edisi ke-3,derhaka ialah tidak taat atau khianat...bererti disini,setiap arahan,suruhan yg disuruh oleh ibubapa kita patut kita laksanakan selagi ia x langgar hukum syarak...janganlah kita melawan mereka walaupown dengan menggunakn perktaan "UH"...
banyak sangat yg mereka dh berkorban utk kita,ibu,mase seorang ibu nk melahirkn anak,peratusan utk mereka mati lebih tinggi dripda peratusan utk hidup,namun mereka sanggup menggadai nyawa mereka utk melahirkan anak..dh terbukti di sini seorang ibu sanggup mengorbankan nyamwa mereka demi anak mereka,tetapi berapa ramai anak sanggup mengorbankan nyawa mereka demi ibu bapa mereka??...org zaman sekarang nak amik cuti utk bawak mak ayah gi check up pown dh x sanggup...apatah lagi nk gadai nyawa demi ibubapa??MUSTAHIL!!!!(bkan semua tp kebanyakkan)
berapa anak muda sekarang ini sanggup memimpin tangan ibubapa mereka sambil berjalan di shopping kompleks????.....tp berapa rmai anak muda skunk suka memegang tangan girlpreng/boypreng mereka????.....MALU jalan pegang tangan mak ayah.....dulu mase kita2 kecik2 YA ALLAH,ibu x sanggup nk lepaskn tangan kita,takot kita jatuh patah gigi...begitu teliti mereka jaga kita,tp kita??..........................
ibu, perempuan yg tabah
kadang2 kita x termampu utk membalas jasa mereka...tp mungkin ngan kita menjaga adab kita dengan mereka akan menyejukkan hati mereka melihat tingkah laku anak....antara adab kita dengan ibu bapa:
- mendengar dn mengikut segala perintahnya
- jangan berjalan di hadapan keduanya
- jangan meninggikan suara
- sentiasa menurut keredhaannya
- bersikap tawaduk kepada keduanya
- jangan bermasam muka kepada keduanya.....
SANGGUP KAH KITA BUAT MCM TUE????
amik peluang yg ade,selagi kita bersama ibubapa kita...
seorang ibu mampu menjaga 10 org anak.tp mampukh 10 anak itu menjaga seorang ibu??
amik peluang yg ade,selagi kita bersama ibubapa kita...
seorang ibu mampu menjaga 10 org anak.tp mampukh 10 anak itu menjaga seorang ibu??
dari hari ke hari bertambah sahaja penduduk di umah orang tua...mana hilangnya kasih sayang kita terhadap kedua2 ibubapa kita??
dulu janji bagai nk rak..."sya akan membalas segala jasa ibu bapa saya".....sekarang mana hilang harga janji tue??...
**Ya Allah,ampunilah segala dosa kami dan segala dosa kedu ibubapa kami,dan kasihanilah mereka spertimana mereka memelihara dn mendidik kami ketika kami kecil.**
wah wah,, thumbs up faja :)))) hihi.
ReplyDelete