Thursday, March 28, 2013

mulut dan hati itu lain II





aku tidak erti berbicara manis
namun tidak hilang makna cinta dan sayang aku pada mu
hati aku masih tulus mengharapkan ukhwah itu akan terjalin
bukan atas sebab awak atau bukan atas sebab aku
biar ia terjalin atas jalan yang diredhai-NYA


Tuesday, March 26, 2013

Satu Pelayaran sahaja



satu perlayaran yang terhenti
di tengah-tengah lautan bertemankan
pukulan ombak yang membawa perahu jauh
tidak diketahui arah dan jugak tujuan
terkapai-kapai meminta bantuan
mengharapkan malam tidak hadir.

ah,bodohnya aku.
mengharapkan sesuatu yang pasti itu 
supaya ditangguhkan demi kepetingan aku
malam terus menutup tirai sang cahaya


kepastian adalah sesuatu tidak dapat ditangguhkan
mahupun dipercepatkan.tapi ia akan pasti berlalu tanpa berbicara.

leka dan lalai punca terkapai!

aku ingin berLayar.-layar disana
selamat tinggal semua.

Saturday, March 23, 2013

archer-ing bukan easy


memanah bukan satu perkara yang mudah.tidak pernah menjadi suatu yang senang sehingga hari ini.tapi aku percaya alah bisa tegal biasa.tapi rasa ingin terus belajar skil memanah tidak pernah luntur dari jiwa aku.aku hanya terasa inilah masa yang paling sesuai aku mengambil tahu tentang skill ini.

baru sebulan aku asyik dengan skill ini.hanya yang belajar sahaja tahu keperitannya.tp bukan yang semua merasakan seperti aku.benar, dalam dunia ini tiada perkara yang mudah.dan memanah memerlukan kesabaran yang tinggi dan keazaman yang kental.

"ko leadership grup brape ek?"
"aku x amik leadership"
"owh, amik skill ek, amik ape"
"hehe,archery"
"wow!bst giler"

macam tue lah persoalan dan respon aku terima hampir sebulan ini.best utuk telinga mendengar,best untuk mulut berkata.tapi best giler2 kalau dapat shoot ditarget kuning. nmpak sahaja seperti seronok.tapi nak pasang bow string sahaja dah berpeluh macam lari 200 meter..setakat pasang tak pe lagi,ini x kene amik ukuran lar pulak lepas pasang.kalau ukuran terlebih @ terkurang,hmmm,terpaksalah kene buka balik pasng balik ukur balik..kalau masih tak ngan kene buat bende sama berkali2.letih bro.kesian kawan2 seskill yg bow tue lebih besar dari diorang.merana kot nak pasang bow string.

pasang bow string tue kira benda paling basic r.macam dalam memasak kari bende paling basic kene ade adelah DAUN LIMAU PURUT..haha (bukan ak cakap,kawan aku yang cakap)..haha-jangan marah ek awak.main2 je.

perkara kedua yang paling susah bagi aku adalah anchoring.anchoring bahasa kampung aku.bahasa standard nya persediaan sebelum memanah..lebih kurang macam tulah..Allah,kat part yang ni lah..berketar satu badan.macam .......... ,emm tak taw nak describe mcm mana.tangan nie x berhenti berketar.susah gler nak fokus kat target.kadang boleh tersasar kene target orang sebelah..hehe.rase macam berat giler nak tarik bow string..moment paling bahaya,moment nk releasekan arrow.klau x set elok2 arrow tue boleh melantun kene diri sendiri.tp yang jarang berlaku lar..sepanjang aku belajar nie baru sekali lah tgk incident mcm nie.tapi yang selalu berlaku.klau salah posisi tangan dan kaki.bow string akan memukul lengan anda.bila sudah dipukul maka bersedialah untuk menjerit..sakit gila bro.sebelum2 nie member2 aku je kene.tapi bila ari ni terkena diri sendiri baru tahu apa perasaan kawan2 aku selama ini.sakit yang teramat.naik bengkak as soon as kena bow string. siap ada tanda kot untuk dijadikan sebagai kenangan.biru lengan kot.macam kene gigit...hehe
tapi seriusly aku cakap.kalu korunk nak belajar skill nie..ketahanan fizikal and mental kene kuat.mesti kene ada semangat yang jitu.kelas teori sungguh x menyeronokkan tapi sangat bermakna kalau kamu nak jadi archer yang berjaya.you will learning the law in archery.kelas practicalnya tidak pernah memuaskan kerana satu bow dikongsi 4.hanya mampu shoot 6-9 arrow je selama 1 jam 30 minit.TAPI..ala kulli hal ia suatu yang menyeronokkan.korunk kena try dulu baru dapat feel keseronokn.
kene tunggu lagi 2 minggu baru dapat pegang bow

jom memanah!



Sunday, March 17, 2013

Redha



jika Engkau ingin memberi 
tiada siapa yang mampu menghalangnya.

tapi jika Engkau terlebih dahulu menghalang
tiada siapa yang mampu memberinya

Allah maha memberi
Allah maha menghalang

dan Dia al-qahhar.


Saturday, March 16, 2013

+ - = ?



mencari cahaya di kala bergelap di dalam terowong bukan mudah
begitu juga mencari sahabat dalam kalangan kawan bukan senang.

hampir kadang2 kita tertipu diri sendiri
menganggap dia yang terbaik kepada kita

tapi si dia tidak pernah melihat kita sebagai seorang yang hampir padanya
sedih !
tapi lebih sedih apabila kita dapat merasaknnya

hati manusia semuanya lain2
kerana jika sama tiada daya tarikan.

magnet akan bertembung jika dua kutub berlainan
(?)

Sunday, March 10, 2013

mulut dan hati itu lain.







ukhwah itu bukan sesuatu umtuk diperkatakan
tetapi
ukhwah itu satu perasaan yang patut dirasai


~~berhenti lah berbohong~~
-fajarina ali-
20130310



Sunday, March 3, 2013

Masih Ada Yang Sayang




tuhan kita memang benar2 sayangkan kita...
betul !..aku x menipu dalam bab2 macam nie..
lagipun agama aku,bukan setakat agama aku je
agama semua orang lah x ajar kita menipu
tapi kita yang x penah ikut ajaran agama 
lepas tue claim diri kita dah cukup baik..
x malu kah??

cermin diri bro!

kalau Tuhan x sayang kita
dah lama dia tarik nyawa kita tika kita lalai bermaksiat
dah lama kita diseksa dlam kubur
dan dah lama kita sudah menjadi penghuni jahanam

tapi Allah Maha RAhim
Dia masih memberi aku kau dan mereka
untuk menyedut oksigennya
masih diberi peluang meminta dan memberi kemaafan antara ciptaan-nya
yang paling utama Dia masih memberi peluang untuk kita bertaubat
dan kembali ke pangkal jalan.

mungkin kita masih diberi peluang untuk menjadi penghuni syurga (?)
mungkin diberi peluang menjadi antara yang tidak dihisab (?)

qul aamiin...

malangnya masih tiada kesedaran
leka dan seronok dengan hasutan yg di laknat..

Saturday, March 2, 2013

sentuhan ibu.



lesu badan,
tekak kering.denyutan di dahi semakin berdenyut.
kepeningan sangat melanda.
bangun pagi menjadi masalah
tidur malam ganggu oleh kesakitan kepala.
hilang kelenaan.baru sedar
kelenaan jugak satu nikmat dari ilahi

hampir lima hari merana bersendirian
tidak tahu apa sebabnya.
mungkin kerana melawan law of nature.
baru sedar kesakitan itu hanya milik kita
tidak mungkin yang lain akan merasai.
tapi....
kegembiraan itu milik semua.
indahnya percaturan DIA

yang pahit biar disimpan
yang manis biar dikongsi.
biar bermanfaat untuk semua.



kasih ibu tidak pernah pudar
lebih2 lagi kasihnya pada anak kesayangan...:)

hargai-lah segalanya selagi kita masih  bernyawa,,