Saturday, December 29, 2012

syuwaiyyah

 
HUHU

berlagak rupanya ko
 ye lah , siapa lah aku kalau nak dibanding dengan ko.

HUHU

Saturday, December 22, 2012

tidak perlu apply untuk fast track.



jangan diminta mempercepatkan diri ini untuk di kafankan
jika engkau telah cukup baik 
maka gunakan saki baki umur itu untuk menambah kebaikan umur mu
jika engkau sudah penuh dengan kemaksiatan
maka gunalah saki baki umur itu untuk bertaubat.

hanya yang berfikir tahu akan nikmat dunia untuk akhirat. :)


usia peluang kehidupan cerah di akhirat. :)


Friday, December 14, 2012

Lulus.



permintaan kepada sang manusia
tidak mungkin sentiasa dikotakan
hanya syarat dan dalil di pinta
bahkan kadang-kadang ditolak
tanpa ada timbang rasa.
permintaan tidak pernah dihormati
kata-kata tidak pernah berbudi.
merasa dirinya berkuasa tinggi.

itu manusia..yang mudah lupa
aku kau dan mereka sama sahaja.
menjadi fitrah kita berlagak dengan pangkat 
bersenang lenang dengan kuasa
yang lemah di tindas
yang kuat teratas
sistem manusia tidak pernah terbaik
cacat dan cela dimana sahaja
lagi dibaiki lagi jelas diberi.

tp lain

jika permintaan itu pada sang kekal
tidak mungkin di batalkan
tiada syarat dan dalil 
hanya dengan menadah tangan dan merendah diri
suara hati juga didengar.
kelihatan sperti ditolak tapi di beri dari sudut yang lain
hanya yang celik hati merasainya
tidak pernag sekali hamba itu kecewa kerana keran sang kekal
kerana Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


jangan putus asa meminta daripada yang layak diminta.

Saturday, December 8, 2012

BIRRU




benar kata orang dahulu...bumi ini bulat.hari ini aku dibawah mungkin esok aku diatas. hari ini aku buat baik pada orang esok mungkin orang buat baik pada aku.sama juga kalau hari ini aku buat jahat pada orang sudah tentu esok juga orang akan berbuat jahat pada aku.ini fitrah kehidupan.system yang tidak dapat diasingkan lagi.sudah ada testimoni dari orang ramai.what goes around come around. x kisah lah yang baik atau buruk tapi yakinlah ia akan berpatah balik

ada yang berkata, kehidupan kita semua adalah sama. tuhan yang menjadikan kita semua.benar, tiada yang layak disembah melainkan Tuhan yang Maha Esa itu.namun lain kehidupan setiap insan di muka bumi ini.kelainan ini memang telah di rancang oleh Allah.jika semua diberi kehidupan yang sama yang tidak perlu syurga dan neraka, pahala dan dosa,nikmat dan azab di bicarakan.jika cap tangan ibu jari itu sudah
 berbeza..mana mungkin kita boleh mengatakan kehidupan semua insan adalah sama. lain susunan jadual takdir antara kita.

namun,semuanya sudah pasti bersebab.mungkin aku miskin tp tuhan berikan kepada aku kebahagian.mungkin juga aku kaya tapi aku tiada ketenangan nafsu.yang miskin bukan yang sengsara dan yang kaya bukan yang bahagia. ketidak-adilan  itu bukti Dia Maha Adil..


ya rabb.engkau tetapkan lah aku menghormati 
kedua ibu bapa aku seprti aku menghormati mereka sekarang
sehingga ke hujung hayat aku.
jangan engkau menjadikan ilmu yang aku pelajari,pangkat yang diberi
sbb aku ingkar kepada kedua2 orang tua aku.
sesungguhnya iman aku yazid wa yankuz maka
engkau tetapkan lah iman aku diatas syariat mu....


Saturday, December 1, 2012

beca putih.



asyik aku memandu beca kesayangan atok aku
sambil berceritakan pengalaman aku bersama jepun 50 tahun dahulu
jejaka tampan berambut blond biji mata koko kulit putih
senang cerita jejaka dari negara om putih lah.

katanya dia sudah 5 tahun di Malaysia
dia amat sukakan rakyat malaysia
peramah bersantun baik cantik
rajin komited patuh
banyak lagi yang dia cakap
malas aku nak tulis segalanya
pendek kata 
semua rakyat malaysia nie seprti aku lah...HAHA

satu bandar hilir aku bawak dia pusing
maka tiba destinasi terakhir a.k.a tempat asal dia naik
jambatan pulau pinang
sepatutnya dia kene turun disitu
memandangkan ada larian amal
terpaksa aku kayuh sehingga jeti

masih sedang aku kayuh
keringat penuh di dahi
aku yang "kecik" nie mana lah kayuh basikal bersama balak
tetiba dia bersuara
"shayear more two round"

aduh!
letih lah aku.
takpe nanti aku dibayar jugak
akan aku double bayaran aku

baru satu pusingan diatas bulatan pahang
dia bersuara kembali
"shayear more two round"
dalam hati aku
ko igt aku nie apa??
kalau mengayuh beca ini pendapatan yang haram
sudah lama aku tinggal kan!!
ada faham!!

rasa nak menjerit je kat telinga dia.
alamak jam pulak di chowkit.
makin pucat muka om putih tue
macam dia yang mengayuh beca

masih tersangkut dalam jam
aku x boleh nak menyelit seperti motor
body depan aku sebesar merdz
eh,tetiba om putih nie lari dari beca

hoy bayar lar aku dulu!
celaka punye putih!
minta two round two round
1 half round dah lari.
dasar zionist sungguh.
bodoh!

 dia terus berlari.
x boleh jadi nie
aku park beca aku ditempat letak kereta OKU
kerena kat situ sahaja kosong
beca aku OKU so aku layak park situ
beca aku sudah mencapai 65 tahun.

kepelikan!
si rambut blond itu lari ke tandas bergerak
aku masih menanti sambil melayan lagu
niat dihati tak nak berpisah.
lagu feveret aku tue.

dia kembali.sambil mengusap-usap perutnya
aku terus menjerit 
"ko nak lari pown bayar lah aku dulu
minta two round tap separuh jalan ko lari!
x guna pye orang!.

om putih tue kata.
i alredi tell you i wanna get down
shayear more two round 
but you didnt
thats why jump out 
i wanna go toilet!!!!

aku hanya tepuk dahi sahaja
salah diri aku aku x memahami sleng org australia


dia cakap saya maw turun sebenarnya!!
rugi angin tayar basikal

rugi tenaga aku
rugi segala nya
jambatan pulau pinang destinasi terakhir sebenarnya..

hanya topup dosa sahaja
aku cela dan berburuk sangka padanya

omputih tue bayar jugak duit aku
bahkan 3 kali ganda
sebab kerana dia aku ternanti.

memahami "sleng" masing-masing amat penting
budi bahasa budaya kita


haha.buka lp nak wat case review
tp blog review yang dibuat...haha


husnul zon amat payah dikecapi.
apatah lagi husnul khotimah!